Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday, 13 February 2016

AYAM MASAK BALI

Baru sempat mencuba.. baru sempat nak update lps si sado kecik ni tidor.. ofkos sedap... sedap sangat mmg betul dorang cakap.. tk cuba, rugi.. senang je pun.. siapa terasa nk share tu silakan.. ramai yg dah tau resepi ni.. kak ton je yg ketinggalan..




AYAM MASAK BALI
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ mr google/rakan pesbuk

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
~>> gaul garam + kunyit = goreng & ketepikan..

2 batang serai [dibelah & dititik/ketukkan]
2 tangkai daun kari
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 genggam kecil cili kering [kisar halus]
garam + gula secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan tumis kisar halus bersama :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

cara-cara :
- Ambil lebihan myk goreng ayam td, tumis serai + daun kari
- Masukkan cili kisar + bahan kisar bersama, tumis hingga naik bau & pecah minyak
- Masukkan ayam, gaul sekata + air
- Masukkan kicap + garam + gula secukup rasa
- Bila dah secukup rasa, tutup api, hidangkan..













SELAMAT MENCUBA....


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo