Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday, 19 February 2016

BAHULU EXPRESS GUNA SANDWICH MAKER

subhanallah syioknya buat tadi.. gara2 en hubby sebok nak makan bahulu panas terus cuba resepi semudah menyebut 123 ABCni.. terbaik sedap sangat.. lembut gebu rasa sikit garing2.. terasa semuanya.. bau bahulu harum satu rumah.. tak perlu bersauna.. cuba lah..






BAHULU EXPRESS
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ rakan facebook

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor/halus
3 biji telur
secubit garam
sedikit esen vanila
filling kesukaan [optional] jika suka

Cara-cara :
- gula + telur + garam + esen vanila pukul hingga kembang putih gebu
- masukkan tepung gandum sedikit-sedikit, kaup balik guna spatula
- lenserkan sandwich maker atas bawah dgn minyak masak
- sudukan adunan/bancuhan, tutup biarkan masak tunggu hingga lampu sandwich maker padam
- alihkan bahulu sapukan filling kesukaan, sedia utk dimakan..













 SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo