PES / PERENCAH TOMYAM SERBAGUNA HOMEMADE
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak atie jumaat
Bahan untuk dikisar :
26 tangkai cili kering - gunting buang biji, rebus
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3-4 batang serai
4 inci lengkuas
2-3 inci halia
4 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
2-3 inci belacan bakar
~>> semu bahan diracik/hiris, kisar halus
Bahan untuk penambah perisa :
1 kiub ikan bilis
2 kiub ayam
1 cawan gula melaka
[aleen guna gula merah tk sampi 1 cwn + dgn air panas 1 cwn, bancuh]
3 s/b gula pasir
2 biji limau nipis perah ambil jus
1 cawan Minyak masak untuk menumis
Cara-cara :
- panaskan myk, tumis bahan kisar hingga naik bau wangi, garing
- masukkan bahan penambah perisa, tumiskan lg hingga betul2 pecah minyak berminyak.. siap
- sejukkan, simpan dlm balang buat stok, simpan dlm peti ais..
BERAPA LAMA BOLEH TAHAN SAYA TAK PASTI.. SAYA BARU AJER MENCUBA.. NAK TAU BRP LAMA BOLEH TAHAN, CUBALAH BUAT YER..
SESUAI JUGA UTK BAKAR IKAN & SEBAGAINYA..
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment