Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 12 November 2018

CUCUR UDANG MONTOK BERGAYA

terbaik .. tak rugi buat utk family makan-makan..
Image may contain: food

Image may contain: drink and coffee cup

RESEPI CUCUR UDANG BERGAYA
============================

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ hakaq long mariana zainal

Bahan-bahan :

Udang segar (tak kisah korang nak size apa)
~>> cuci bersih, tapis toskan air udang

4 1/2 cawan tepung gandum(1/2 kg)
1/2 sdb yis kering
1/2 sdb baking powder
1 biji telur gred A
1 sdb gula
1 sdt garam (saya buh serbuk cukup rasa)
Sedikit pewarna kuning (optional blh buh serbuk kunyit )
2 1/2 cawan air (agak2 bancuhan..)
1 batang carrot disagat (tak buh stok habis)
taugeh
kucai (saya buh bab suka kucai dlm cekodoq)
daun sup (diracik halus)
3 biji bawang kecil (saya tambah, hiris nipis..saya suka ada bau2 wangi bawang masa goreng)

Cara-caranya :

- Satukan semua bahan, perap 1 jam..

- Panaskan minyak, (minyak banyak yer),api sederhana rendam senduk (dlm 1/2jam jugak saya rendam, bab sibuk dgn keje lain dulu..)

- Masukkan sedikit adunan dalam senduk yang dah panas, letak udang segar atasnya..

- Masukkan senduk dalam minyak, tenggelam yer senduk tu, biarkan seketika, elok je cucoq tu lekang sendiri dari senduk.. (part lekang ni hakaq suka giler hahaha bab sukses tak lekat)

- masak hingga kekuning, angkat.. toskan dlm tapis


RESEPI SOS
===========

Bahan-bahan :

7-8 tangkai cili kering(kisar) - saya guna serbuk cili 4 sudu besar
3 ulas bawang putih(kisar)
1 senduk sos cili
3 sdb cuka makan
1 ketul gula merah
Sedikit garam
3 sdb gula
2 cawan air

utk pekat sos : masukkan bancuhan tepung jagung.

Cara-caranya :

- Satukan semua bahan dalm periuk

- masak hingga mendidih & agak pekat, saya letak bancuhan tpg jagung

siap...

Silakan Share..

Friday 9 November 2018

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT

Klo pau ada pau kampung
Nonat pun ada.. Nonat kampung
Sedap ya amat mkn masa suam2 tabur gula perghh ada gigitan rangup2 lembut tu yg best.. bila sejuk aduhh lembut sgt2.. NAK RESEPI TAK? Ramai nak hakaq share.. tk perlu nk guna sebarang agent penaik..
Image may contain: dessert and food

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT
==============================
By~ ALeen Aireish

Bahan- bahan :
1 bj kentang -
- rebus sampai empuk lps tu masa panas2 lenyek halus..ketepikan biarkan sejuk

Ibu doh utk pelembut donut
2 s/mkn tepung gandum
1 cwn air
- campur kedua bahan ni masak atas api hingga nampak likat, tutup api biarkan sejuk

Untuk Doh
1 cawan air suam
1 pkt mauripan
- rendam hingga mauripan naik berbuih penuh cawan

5 cawan tepung gandum
1 bj telur
2 s/mkn margerine
2 s/mkn gula
2-3 cubit garam
1 cawan air ais - guna agak2 je tak habis pun secawan

Caranya :
- dlm bekas selesa masukkan bahan doh KECUALI mauripan, gaul mesra dahulu (guna tangan)
- masukkan kentang lenyek gaul rata lg
- masukkan ibu doh pula, gaul lg
- masukkan bancuhan mauripan, gaul hingga merata, sesambil uli jd doh masukkan sikit air ais
- jika masa uli tu doh lembik tambah tepung sikit2 hingga tk melekat kt tgn, siap
- uli jd doh je tau tk payah nk kerah tenaga smpai nk jdkan doh lastik ke apa ke..
- rehatkan hingga naik kembang
- tumbuk keluarkan angin
- ambil doh agak2 50gm bulat2 kan aje susun atas dulang, tebuk tengah buat lubang
- rehatkan lg bg saiz bertukar giant😊
- panaskan minyak banyak dlm periuk
- goreng hingga kekuningan keemasan
- dah sejuk tabur gula..

Sukatan cawan, saya guna sukatan cawan metrik. Hangpa tak dak cwn ni pi beli bukan mahai pun.. tak sampai rm7


Image may contain: food and text

Image may contain: food


Image may contain: food and indoor


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..


PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI

Tak menahan tgk ni..
Image may contain: food

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI
=======================================
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ sajian kasih


Bahan HIRIS KASAR
---------------------------
1 ikat pucuk ubi
10 helai daun pucuk kaduk
10 helai pucuk labu

Bahan HIRIS HALUS & TUMBUK LUMAT
------------------------------------------------------
3 batang serai
20 biji cili api - mmg berapi
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan LAIN
----------------
6 sudu besar tempoyak - letak lebih power
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai - tak buh petai takde
1 keping asam keping
garam & gula sesuaikan rasa

Cara sediakannya :
- Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
- Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan serai tumbuk kasar.
- Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam & gula sesuaikan rasa
Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu aje..jgn iku rules sgt.. sat gi takde pucuk2 tu mogok masak pulak..

*jgn terkejut resepi ni memang tak guna bawang pun .. kang ada makcik bawang tanya awok jawab dulu hahaha..
* NAK LAGI POWER KORANG LETAK PETAI .. perrghh


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..

LIME FRESH ASAM BOI


MINUMAN SEJUK YANG PALING DISUKAI

Image may contain: drink, plant, food and indoor


No automatic alt text available.


Image may contain: drink, food and indoor

ROTI KERING HOMEMADE


Sape zaman ni dulu2, suka dak??
Sekut org lama
Adik bradik sekut lutut
Hat ni homemade sapu margerine tabur gula, kitew bakor
Krup krap rangup..


ROTI HAMPIR EXPIRED BOLEH JER BUAT MACAM NI, JANGAN BUANG..

Caranya :
apa2 brand roti [roti gardenia pun boleh]
sapu atas roti dengan margerine
tabur gula pasir
susun atas dulang
bakar suhu 170 lebih kurang 15 minit
tak cukup masak boleh je tambah minit


Image may contain: food


Image may contain: dessert and food

Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA..




KUETEOW SUP PUTIH (KUETEOW TH'NG)


siapa suka kueteow ni kat R & R ada kan..


Image may contain: food


KUETEOW SUP PUTIH
==================
By ~ ALeen Aireish
sumber asal ~ chef hassan hen

Bahan untuk sup :
=============
Cara bersih ayam :
2 keping isi ayam [mana2 bahagian isi ayam]
~> cuci bersih
~> didih air
~> masukkan isi ayam dlm air mendidih hingga berubah putih,tak lama sekejap je, angkat, air rebus tu buang tak mau guna dah. Cara ni dinamakan cuci ayam.

2 jenis fish ball [putih & coklat]
2 ketul sengkuang [dipotong dr sebiji sengkuang]
1 s/b Chicken stok maggi
1 s/mkn minyak wangi/myk bawang putih [ambil bawang nya aje]
1 kiub ayam maggi
3 ketul kecil gula batu
1 s/k lada putih
garam utk sesuaikan rasa [jika perlu]
daun bawang

Caranya :
~> dlm periuk didih air, masukkan sengkuang, ayam & myk wangi, biarkan mendidih hingga ayam betul masak.
~> angkat isi ayam yg dh masak tu, nnt nak hiris nipis
~> masukkan kiub ayam, gula batu
~> masukkan chicken stok, lada putih
~> sesuaikan rasa, boleh tambah garam
~> masukkan fish ball, biarkan fish ball tu berenang-renang sekejap dlm sup tu sambil api biasa2 je.. lps tu ok, tutup api..siap

Cara sediakan KUETEOW :
=====================
1 paket kueteow
air panas
~> letak kueteow dlm mangkuk, siram air panas,
~> biarkan sekejap buang minyak, kemudian tapiskan..

Bahan untuk cili kicap :
=================
cili api
kicap cair
perahan limau nipis/limau kasturi

Caranya :
~> potong cili
~> perah limau
~> tuang kicap

Cara hidang :
~> letak kueteow dlm mangkuk
~> hiris nipis isi ayam
~> letak fish ball
~> ambil tapis, tapiskan sup supaya lebihan bawang putih goreng tu terasing, pada yg tak nak tapis, boleh je tuang terus sup dlm mangkuk tu..
~> tabur daun bawang
~> letak sesudu myk wangi bersama sdkt bawangnya
~> letak cili api.. perghhh berpeluh mkn panas2.. tang cili tu yg umphhh.. tak dak cili blh nangis bucu katil😂

NI RESEPI MINYAK WANGI/MINYAK BAWANG PUTIH :
https://www.facebook.com/aleen.aireish/posts/10213507255649381

Image may contain: food


Image may contain: food

selamat mencuba ..

Thursday 19 April 2018

RESEPI KERANG REBUS SOS CICAH ALA THAI

share share share .. i buat ni bab tak tenteram tgk bideo mamat thai yg suka makan smpi wat i terlior
resepi dah update... betoi2 rasa duk kat THAI ooo
lugi tau lau tk cuba ..

Image may contain: food


Image may contain: outdoor and food


Image may contain: food



video - CARA MEREBUS KERANG & SAMBAL CICAH

RESEPI KERANG REBUS SOS CICAH ALA THAI
=====================================
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ google

1 kg kerang
1 helai daun kunyit
~> cuci bersih
~> dlm periuk masukkan daun kunyit panaskan air hingga betul2 panas mendidih
~> masukkan kerang, tutup periuk & tutup api, biarkan 2 ke 5 minit, ni namanya teknik "blanching" [saya biarkan 5 minit mcm terover cook plak, so try la buat 2 minit ok kot]

Sos Cili ala THAI
=============
A
7-10 tangkai cili api [tk mau pedas kurangkan]
2 tangkai akar ketumbar
1 bj bawang besar [hiris]
3 ulas bawang putih [dibakar dahulu]
~> tumbuk dgn lesung

B
2 s/b sos ikan [agak2 sos ni masin]
4 s/b gula
2 s/b perahan limau nipis
1 bj cili merah besar [racik halus]
daun ketmbar [hiris2 je]
bijan sangai
sedikit serbuk cukup rasa [optional]
sedikit air

Caranya :
dalam mangkuk yg selesa campur A & B
siram atas kerang rebus tu, siap
sedap ratah oooo ..

SELAMAT JAMU SELERA

hv fun with my cute photo