Sejak viral satu tika dulu.. sampai hari ni tak jemu-jemu nak makan .. Terima kasih yang telah mencipta resepi best ni.. sebenarnya pelbagai resepi roti yang ada.. ikut citarasa kita sendiri nak mencuba yang mana satu.. ni antara resepi yang saya cuba..
DOH ROTI SARANG LEBAH
By ~ ALeen Aireish
Bahan-bahan :
Untuk Doh :
2 cawan tepung roti [high protein]
2 cawan tepung gandum
1 s/t yis [mauripan]
2 s/t baking powder
1 s/k garam halus
2 s/b gula
2/4 susu pekat manis
2/4 minyak [guna myk masak blh juga]
1 cawan air suam
1 s/k bread improver [saya tambah] **
1 s/k bread softener [saya tambah] **
~> bahan tanda ** tak nak pun tak apa..
Untuk Hiasan :
Almond
biji kauci
bijan putih & bijan hitam
Untuk Glis Atas Doh : Egg wash
1 biji telur
1 s/b susu segar [susu cair pun blh]
~>> kocok sebentar
cara-cara :
- yis + gula + air suam = biarkan seketika hingga naik berbuih
- bahan kering ayak semua sekali, buat lubang di tengah tepung tuang susu pekat manis + tuang campuran yis td, gaul + uli
- sambil uli tuang minyak sikit2 [jika guna mixer sambil putar tuang sikit2, putar sampai doh blh meregang cantik.
- rehatkan doh biarkan naik 2 kali ganda [40 minit] dr saiz asal [tutup dgn plactic wrap]
- keluarkan angin, tumbuk doh
- bulat2kan doh susun dlm loyang
- sapu/glis atas doh, tabur almond + bijan + biji kauci
- slps dh tabur tu, lg sekali sapu atasnya dgn egg wash supaya semua melekat di ats doh
- bakar 150-170, 40minit atau bergantung oven masing2
- setelah roti diangkat, segera sapukan/glis atas roti dgn butter/margerine supaya permukaan berkilat
Butterscotch Sos
Bahan-bahannya:
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm butter
Cara-caranya:
- Cairkan butter.
- Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih
- Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan
- Akhir sekali masukkan essen vanila
- Padamkan api, Kacau hingga rata
- Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
Tuangkan ke atas permukaan roti.
KAEDAH ULI TANGAN
- Jika uli tangan, uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
SELAMAT MENCUBA....
No comments:
Post a Comment