Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday, 21 April 2012

HOKAIDDO SOFT CUPCAKE

Nama jew dah vouge...mcm nama jepun gitu..mesti terfikir-fikir mcm mana la wajah hokaiddo ni kan..semalam baked cake ni, tak sangka.. sambutan dr famili menggalakkan..tk duga awalnya pasal tgk resepi nya simple sgt..at last bila dh masak.. sorang mkn lbh dr 2 cup..heheheeee...nampaknya lps ni blh la try versi hokaiddo lain pulak..resepi ni dr seorang member pesbuk..aleen sharing dgn akk tu.., u alls nk try jom...sedapppp tau!!!


sumber 1 ~ puteri manja
sumber 2 ~ kak nor'azizah mohamad

BAHAN A
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
80ML MINYAK MASAK
80ML SUSU SEGAR [aleen guna susu cair]
¼ SUDU TEH GARAM
100GM GULA KASTOR
SEDIKIT ESEN VANILA
120GM TEPUNG NAIK SENDIRI [aleen guna superfine flour]
DIAYAK BERSAMA ¼ SUDU TEH BAKING POWDER
1/4 SODA BIKARBONAT [yg ni aleen tambah sendiri pasal aleen guna tpg superfine tu x guna tpg naik sendiri..so ayak sekali dgn tpg & bp]

BAHAN B
3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
50GM GULA KASTOR
SECUBIT CREAM OF TAR TAR [kalau xde pn xpe..]

CARA2NYA

1.SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL DENGAN MIXER HINGGA SEMUANYA BERSATU DAN TIDAK BERGENTEL2…KETEPIKAN

2.PUKUL PUTIH TELUR BERSAMA CREAM OF TAR TAR HINGGA SEPARUH KENTAL DAN MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MEMUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI MERINGUE….BERTANDUK BILA TERBALIKKAN DIA
TAK JATUH.

3.AMBIL SEDIKIT ADUNAN PUTIH TELUR TADI DAN GAUL KAUP BALIK KEDALAM ADUNAN A HINGGA RATA.

4.MASUKKAN SELEBIHNYA ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM ADUNAN A DAN GAUL KAUP BALIK LAGI HINGGA ADUNAN SEBATI.

5.MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM MANGKUK CUPCAKE LEBIH DARI ¾ PENUH.

6.BAKAR PADA SUHU 160'C SELAMA 18 MINS ATAU LEBIH BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

7. SETELAH MASAK KLUARKAN DARI OVEN DAN SEJUKKAN ADUNAN INI.

JOM TENGOK PIC BUAT CUPCAKE NI..


SEMUA BAHAN-BAHAN A..


MASUKKAN TEPUNG, MIXER...


 MIXER LICIN X BERKETUL-KETUL..

MERINGGUE : BAHAN B


MIXER HIGH SPEED, SAMPAI BERTANDUK MCM TU..TUNGGENG BEKAS NI ADUNAN X JATUH..KOMPOM DH OK..


MERINGGUE DH SIAP, KAUP BALIK DGN BAHAN A..MASUK SIKIT2..SAMPAI HABIS & SEBATI..


NI HASIL ADUNAN DH SIAP..


DAH SIAP MASUK DLM CUPCAKE..


MASUK OVEN..BAKED


DAH SIAP BAKAR.. [nak tau yg tercotet kaler kuning tu..scroll ke bwh..]

BAHAN CUSTARD


1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD

1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM

4 SUDU BESAR GULA

200 ML SUSU SEGAR [aleen guna susu cair]

1 BIJI TELUR

1 SUDU BESAR MENTEGA/ BUTTER

CARA2NYA
1.SATUKAN BAHAN DAN MASAK HINGGA ADUNAN PEKAT DAN BERKILAT. ( MASAK ATAS DOUBLE BOILER ). BANCUH TEPUNG DENGAN 50 ML SUSU SEGAR DAHULU BARU SATUKAN KESEMUA BAHAN. .SENTIASA MENGACAU FILLING CUSTARD INI UNTUK MENDAPATKAN FILLING CUSTARD YANG LICIN. SETELAH MASAK SEJUKKAN SEBENTAR CUSTARD FILLING INI.



2. SETELAH KEK MASAK DAN KEK TELAH SEJUK PICIT CUSTARD DI TENGAH TENGAH KEK.CUCUK NOZZLE KE DALAM DAN PICIT. DIA JERR…KEK NI TAKDE CUSTARD PUN SEDAP…


SELAMAT MENCUBA!!! TERIMA KASIH YG PUNYA RESEPI..

Sunday, 15 April 2012

SNOW CHEESE CAKE

Dengar nama kek ni aje dh terbayang mcm salji2 kt negara omputih gitu...hehehee..teruja punya pasal semalam dpt resepi hari ni jugak try..kebetulan semua bahan2 ada..apa lg ON je lah..rasanya memang menggiurkan..sedap gilerrrrrrr...klo nk tau rasanya mcm mana..cuba lah...


by ~ Aleen Aireish
sumber ~aini mazlina mohamad noor

SNOW CHEESE CAKE

6 BIJI TELUR(BUANG 2 BIJI PUTIH TELURNYE)

100 GM GULA [gula castor]

100 GM TEPONG KEK [aleen guna superfine flour]

60 GM TEPUNG JAGUNG

50 GM AIR SEJUK PETI AIS

1 TSP BAKING POWDER

2 TBSP OVALATE

75 GM MENTEGA CAIR

1.PUKUL SEMUA KECUALI MENTEGA CAIR..HINGGA GEBU(HIGH SPEED)PASTIKN OVELETTE TU BETUL2 HANCUR X BERKETUL2 YE..DAH TU BUBUH MENTEGA TD,,SLOW SPEED.DAH RATA BAKAR 150'C 1 JAM.DAH SEJUK POTONG 2 @ 3 LAPISAN






KRIMNYE

250GM KRIM CHEESE

100GM KRIM WEL [aleen tambah..x nak pn takpe]

1 CWN SUSU PEKAT

1 SUDU BESAR JUS LEMON [perah dr fresh lemon]

- PUKUL GEBU TAU

 LPS TU ATAS KEK LETAK PARUT CHEEDAR CHEESE..PARUT 1/2 BUKU JER
[aleen x guna cheedar tu aleen tukar guna coklat putih yg diparut]...

KEK YG DIPOTONG 3 LAPISAN LETAK CREAM CHEESE TU LPS TU LAPIS DGN BLUEBERRY FILLING REFER GAMBAR DIBAWAH








SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, 14 April 2012

LEMON CHOCO CAKE

Alhamdulillah at last 1.30pg siap juga kek ni. Penat keje blm pn habis terus terkam ke dapur jew..ni la 1st time buat cake birthday utk hubby tersayang...nk kata pandai sgt tu aleen masih lg belajar..apa salahnyer aleen buat sendiri kek utk suami tersayang kan!!! basic tu ada la sikit2 setelah g baking class.. bila kita buat hasil dr air tgn sendiri alangkah puas nyer rasa hati..penat pn x rasa penat..coz utk org yg kita sayang..hubby pula x habis2 memuji...lg la kembang rasa hidung ni..heheheeee
jom tengok resepi..

sumber ~ kak azlita aziz
Bahan A untuk kek
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C
4 biji telur ~ diblender

cara-cara2 :
Panaskan kukusan Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikanPanaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B Kacau sebati, guna spatula aje.Tuangkan adunan dalam loyang Tutup loyang dengan aluminium foil Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ x letak pn xpe
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air Biarkan ia kembang

Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.Tambahkan golden syrup Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati Angkat dan sejukkan Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit. Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING




125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

sedikit pewarna kuning, Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek. Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras. Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.




Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit. Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja . Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Monday, 2 April 2012

AYAM SAMBAL PENGANTIN

Famili teringin nk makan sambal ayam..so semalam aleen masak Ayam Sambal Pengantin..suka nyer dorang makan berpinggan-pinggan tambah nasi..tak putus-putus..sambil makan..sedapp..sedappp.sedapppp...x lekang dr mulut..penangan sekali aleen turun padang masak lauk pauk baru dorang tau..heheheee jom kita tengok resepi..



Bahan-Bahan :
1 ekor ayam [potong part of body] nk ikut suka pn blh..
[rebus & goreng separa masak]

Bahan dikisar halus :
4 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
segenggam cili kering [aleen gunting2 kecil..lps tu rendam dlm air panas..nnt dpt hasil warna cili yg cantik]
suku cawan air asam jawa
sedikit air paip
[kesumua bahan di atas diblender sekali..]

2 btg serai [diketuk shj]
2 bj bawang besar [potong bulat]

1 senduk mkn sos tomato [aleen guna brand life]
1 senduk mkn sos cili [aleen guna brand life]
2 sudu besar sos tiram

minyak secukupnyer utk menumis & goreng ayam
gula
garam
sedikit perasa [jika nk..tk nk pn xpe..]

utk hiasan : 1 bj cabai merah / sikit daun bawang / sikit daun sup / 2 hiris timun [utk hiasan]

Cara-cara :
- ayam cuci bersih.
- rebus ayam separa masak..angkat..gaul dgn kunyit & garam..lps tu goreng. "GORENG TAK PERLU GARING SGT.." air rebusan ayam td..letak tepi dulu..jgn buang ok..
- panaskan minyak secukupnyer..tumiskan bahan diblender hingga garing & bau wangi serta pecah minyak..
- lps tu masukkan stok ayam..agak2 hapus ayam dlm kuali tu..mcm tu..biarkan mendidih..
- lps tu masukkan ayam, biarkan stok ayam td menjadi pekat sedikit..
- masukkan gula, garam & perasa..ikut lidah masing2 yer..rsa kurang..tambah lg..
- kemudian masukkan la semua jenis sos2 tu..masukkan serai yg diketuk tu..bwg hiris bulat tu juga..gaul mesra..balik2 kan ayam dlm kuali...
- biarkan ayam masak sepenuhnyer & sambal kelihatan pekat2 merah gitu...
- blh la hiaskan ikut kreativiti masing2 & hidangkan bersama nasi panas..makan dgn NASI BERIANI pn sedap..

SELAMAT MENCUBA!!!

hv fun with my cute photo