Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 23 July 2013

PAU SAMBAL MINI

RESEPI ..


Pau Sambal
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ resepi mudah

Bahan2 :
350 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung - jenama ikut pilihan sendiri
1/2 biji telur - dipukul manja2
120 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
Bahan Inti :
sedikit sambal tumis ikan bilis
beberapa hirisan timun

aleen tambah salad

Cara Menyediakan :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga sebati dan lembut selama 10 minit.
Kemudian perapkan doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bahagikan doh pada beberapa bahagian kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit adunan di bahagian permukaannya..dan tutup semula dengan plastic wrap, biarkan naik dua kali ganda.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan , angkat dan toskan.
Akhir sekali, belah ditengah-tengah pau,jangan sampai putus dua,
Masukkan sambal ikan bilis bersama hirisan timun.
Sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA ..


PUTERI MANDI

RESEPI ..


PUTERI MANDI
By ~ ALeen Aireish 
Sumber ~ sis shima maz [rakan pesbuk]

Bahan2 : [sukatan ikut kita byk mana nk buat yer]

Tepung pulut
Pati air daun pandan [aleen guna paste pandan n warna apple hijau]
garam secukupnya [aleen x bubuh]
* Tepung pulut n garam disatukan. Tuang air pandan sedikit2 hingga menjadi doh (jgn terlalu lembut sbb nnti bila dimasak, tepung pulutnya akan mengembang n lembik)
Sedikit pewarna hijau jika suka

Air gula melaka
Kelapa parut putih
Sedikit garam
aleen masukkan sekali daun pandan disimpul
* Satukan n gaul rata..Masak hingga agak lembab, jgn terlalu kering. Ketepikan.

Caranya :

Panaskan air dlm periuk hingga mendidih. Ambil sedikit doh n gentel hingga jadi bebola pastu tekan ditengahnya supaya berlekuk, terus masukkan kedlm air yg mendidih hingga timbul n betul2 masak.
Bila dah masak, ceduk n masukkan kedlm mangkuk yg berisi air biasa. Buat sampai habis.
Akhir sekali, toskan puteri mandi n gaul rata dgn kelapa yg telah dimasak dgn air gula itu tadi. 


TUTORIAL :-












SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

SELAMAT MENCUBA ..


TWISTIES CREAM CRACKER

RESEPI ..



By ~ ALeen Aireish
sumber ~ resipi sendiri

TWISTIES CREAM CRACKER

Bahan-bahan :
1 keping laksa brand EKA
*** PATAH2KAN LEPAS TU GORENG HINGGA KEMBANG, ANGKAT BIARKAN SUAM2, KETEPIKAN SEBENTAR

Bahan-bahan utk salut twisties cream cracker :
1 paket kecil biskut cream cracker [berat 125g]
3 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu serbuk cukup rasa maggi
**** BLENDERKAN SEMUA BAHAN NI HINGGA HALUS

cara-cara :
- masukkan keropok ni dlm bekas bertutup, kemudian masukkan sekali dgn bahan diblender halus tadi.. goncang tuppaware supaya tiwsties tu ber "twis" dlm tu..
- hidangkan ... sedap .... 




SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

SELAMAT MENCUBA ..



DONUT BALL / DONUT BOOM

RESEPI ...


by ~ ALeen Aireish
sumber ~ Norhayaty mutalib

Bahan A :
500gm tpg gandum
1 paket mauripan
1 sudu kfc garam halus
** satukan semua bahan dalam bekas.. gaul mesra, sekata

Bahan B :
4 biji kentang buang kulit, rebus hingga empuk, tos air, sejukkan
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air
1 tbsp margerine
**satukan semua bahan blender hingga halus

Bahan tabur : gula kastor
Bahan sos : susu pekat manis [sira atas donut]

Cara-cara :
- campurkan bahan B dlm A, masukkan sikit2 sambil menguli.. buat smpai habis bahan B tu..
- uli adunan smpai tak melekat dijari, tu tanda nyer doh dh ok, klo melekat pandai2 lah tambah tpg sikit2 yer..
- perap 30 minit, akan naik berganda
- uli kecil ikut saiz donut yg dikehendaki.. aleen guna acu donat dan terapkan..
- dah terapkan..rehatkan pula dlm 10 minit, donut akan nmpak montok sedikit.. panas myk, goreng
- ketika menggoreng myk mesti byk supaya donut cantik terapung semasa digoreng.. api sederhana ok, rajin2 lah balik kan donut supaya masak sekata..
- sejukkan.. sira gula kastor atau mkn dengan susu pekat manis.. 



SEDIA DIHIDANGKAN ..

SELAMAT MENCUBA ..


FLUFFY BUTTER CAKE

Resipi ni di olah dari resipi asal. 
Resipi asal, texture kek nyer yang kurang lembut. Tapi setelah diolah resipinya, mmg kek ni lembut,moist dan creamy.. Aleen edit dari segi bahan.. sedap







FLUFFY BUTTER CAKE
By ~ ALeen Aireish

250gm butter
1 1/2 cwn gula
4 biji telur -asing telur putih dan kuning
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn self raising flour
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung [creamy powder]
1/2 cwn susu cair

**campurkan semua bahan kering dan ayak, ketepikan dulu

1- Pukul gula caster dan putih telur hingga kembang putih jadi meringue. Anggaran lebih kurang 10minit.Ketepikan. Dalam mangkuk lain, pukul butter dan telur kuning dan esen vanilla hingga kembang.

2- Masukkan meringue tadi ke dlm adunan butter. Kacau sebati. Seterusnya masukkan tepung berselang seli dgn susu cair. kaup balik betul2 sebati.

3- Masukkan dlm loyang bulat berukuran 8" dan dilapik dgn baking paper.

4- Bakar di dalam oven selama 40-50 minit/hingga masak dengan suhu 170 darjah ikut kesesuaian oven masing2. Selepas 30 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.

** MASA PROSES BAKAR KEK NI, RAJIN2 LAH JENGUK YER TP AWAS BUKAN BUKA PENUTUP OVEN OK, TGK DARI CERMIN OVEN AJER.. TAKUT OVEN TERLEBIH PANAS KEK KEMEK, TURUN ..
 
TUTORIAL :- 



Siap mixer, ketepikan



sediakan meringue, kemudian tuangkan ke dlm adunan yg diketepikan td tu .. kaup balik pelan2





selang selikan tpg & susu cair habiskan step dgn tpg ok.. kaup balik kan aje




SIAP DIHIDANG

SELAMAT MENCUBA ..



Wednesday, 3 July 2013

KUAH ROJAK / PETIS ROJAK HOMEMADE

Alhamdulillah syok sangat buat kuah rojak ni... pertama kali mencuba tidak menghampakan suka sangat2...
Terima kasi pada blog Dapurku sayang sebab sharing resipi best giler ni... Aleen sharingkan juga dengan rakan2 di pesbuk ... Agar ilmu ni diberkati  aminnn...

Famili Aleen suka sangat mencicah dgn buah-buahan .. memang serasi bersama bila makan mcm ni.. colek kuah rojak aje pun tak ada buah-buahan pun sedap terlagi-lagi nak ... sedap nyer ... nanti petang balik kerja cicah lagi... heheheeee kawan pesbuk ada bagi buah tadi .. kenduri ...

Nak resipi ???


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ dapurku sayang

Bahan-bahan :
1 botol kecil kicap lemak masin [aleen guna lemak manis]
1 paket gula merah cap bintang [500gm berat]
100gm gula pasir
1 buku kecil belacan [bakar, dihancurkan]
1/2 botol sos cili
3 sudu makan petis udang
3-4 sudu makan cili kering blender [nk pedas lebihkan..]
bijan secukupnya [digoreng tanpa myk]
250gm tepung ubi/tpg kanji.tpg tapioca starch [dibancuh dgn air secukupnya]

Cara-cara :
- masukkan semua bahan dalam peiruk kecuali bancuhan tpg ubi, ketepikan dulu
- masak atas api hingga licin, jika ada rasa kurang tambahlah apa yg perlu
- masukkan sdkt demi sdkt bancuhan tpg ubi, kacau tanpa henti supaya tak bergentel
- masak hingga kuah sdkt pekat & licin
- akhir sekali masukkan bijan yg siap digoreng, gaul mesra tutup api, sejukkan
- simpan dlm bekas bertutup

** Cadangan Hidangan, goreng kcg tanah dgn sdkt myk, lps tu tumbuk kcg tabur atas rojak, hidangakan.

TUTORIAL :









SELAMAT MENCUBA !!!

hv fun with my cute photo