Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 29 November 2012

MASAK LEMAK CILI API REBUNG PERUT

♥ ♥ masak lemak cili api rebung perut ♥ ♥
menu pilihan en hubby mlm ni.. banyak kali tambah nasi erk... heheheee
by ~ Aleen Airesh
RESIPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG PERUT

BAHAN-BAHANNYA 
2 cawan rebung
[aleen beli yg rendam dlm air kt kedai tu mmg dh lembut sgt, x payah nk rebus, aleen beli dlm 2 gengam mcm tu]

500gm perut 
[aleen beli x sampai 500gm perut yg putih bersih berseri tu, guntingkan, lps tu rebus sebentar bersama halia & bwg putih.. toskan]

1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 kotak santan pekat cap ayam brand
air secukupnya supaya kuah tak terlalu pekat.. agak2 sendiri
Garam dan gula secukup rasa
myk utk menumis

Bahan Kisar
5 biji cili api [nk pedas tmbah..]
4 tangkai cili kering dibuang biji
4 biji bwg merah [aleen guna bawang besar je]
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA 
- panaskan periuk, tumis bahan kisar dn serai dititik tu garing naik bau
- masukkan santan dan air, biarkan mendidih dahulu..
- masukkan rebung, perut dn asam gelugor
- biar mereneh dgn api perlahan supaya santan tak pecah.. sekali sekali kacau..
- tambah perasa garam, gula secukupnya.. kacau sekejap.. tutup api. boleh hidangkan..

**jika guna santan perahan sendiri, asingkan yg pati pekat dan cair.. masukkan yg cair dahulu.. last sekali baru masukkan yg pekat.. dpt hasil yg memuaskan..

**jika kuah tak cukup kuning boleh tambahkan serbuk kunyit..

selamat mencuba!!!

1 comment:

hv fun with my cute photo