Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 30 July 2012

FRUITTI CHEESE CAKE

Dalam kekalutan di bulan puasa ni.. sibuk keje di opis mana nk siapkan segala urusan.. maklum lah nk cuti panjang raya nnt.. mana nak handle famili masak utk berbuka puasa lagi.. mana nak mengejar masa tempahan biskut raya dari customer.. isshh... klo di listkan mcm2 keja x terhabis... tapiiiiiiiiiii... keterujaan.. membuatkan aleen keras hati juga nk cuba resipi kek ni.. lagipun philladephia cheese dlm fridge dh nk sampai tarikh luput.. tak buat apa2 nnt rugi besar.. cheese tu bkan murah harga nya.. mahal.. maka ligat lah segala kaki tangan ke dapur..





kita tengok one by one.. untuk resipi sponge kek coklat dulu
Bahan-bahan :
sumber~kak azlita aziz
by~aleen aireish

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 s/k esen vanila
2 s/k ovalette
100gm tepung superfine
20gm serbuk koko
1 s/k baking powder
40ml air biasa
70gm mentega [dicairkan]

Cara-cara :
- panaskan oven 170
- campur semua bahan kecuali mentega
- putar kembang & gebu - anggaran dlm 10 minit high speed
- masukkan mentega cair kaup balik kan aje hingga rata
- tuang dlm loyang 8 inci size yg tlh disapu dgn mentega & dialas dgn baking paper
- bakar selama 35 minit
- dh masak terbalikkan atas redai biarkan sejuk sepenuhnya
- potong 3 bahagian. [aleen potong 2 aje.. coz guna separuh kek aje.. separuh lg aleen buat triffle]

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.













~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
yang kedua pula, untuk lapisan cheese

Bahan-bahan :
120ml susu segar
2 biji kuning telur [dicokak kan sekejap]
350gm cream cheese
1 sudu besar gelatin halal
400gm whipped cream

perwarna & perasa :
1/4 s/k s/berry emulco + 1/4 s/k warna merah
1/4 s/k pes lemon + 1/4 s/k warna kuning
1/4 s/k pes b/berry + 1/4 s/k warna ungu
1/4 s/k pes oren + 1/4 s/k warna oren
1/4 s/k pes apple + 1/4 s/k warna hijau

Cara-cara :
- satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula kastor serbuk gelatin ke dlm periuk
- masak cara double boiler hingga adunan sebati & mencair
- padam api & biarkan sejuk sepenuhnya
- dlm mesin pemutar, putar whipped cream hingga ringan
- masukkan adunan cream cheese & terus memutar hingga sebati
- bahagikan 5 cawan, tambahkan perasa & perwarna pd setiap bahagian tu..
- potong kek sponge coklat ke dlm loyang spring foam bulat 7 inci
- tuangkan adunan di dlm cawan td.. mula lah dr satu warna kesukaan dulu..ratakan atas permukaan kek tu, simpan dlm fridge 15 minit.. ulang step ni hingga warna2 tu habis.. setiap warna yg diletakkan memerlukan 15 minit utk simpan dlm peti ais..[cth : mula letak kuning..simpan 15 minit, lps tu letak merah pula simpan balik 15 mint.. mcm tu lah seterusnya..]
- lastly, dh siap simpan dlm peti sejuk semalaman..
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~







putar whipped cream


masukkan cream adunan cream cheese
 

putar sebati..










dlm resipi kak ita tak ada letak filling.. yg ni aleen pandai2 sendiri aje.. nk lebihkan rasa fruitti nya.. hehe tapi x rugi lah letak.. memang sedap..


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo