Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 2 July 2012

TURKISH FRUITS CAKE / KEK BUAH TURKI

Sempena Birthday anak buah ku KIMI, mak long buatkan kek buah turki utk baby.. mak long buat khas utk KIMI & famili. Meriah birthday party kimi mcm2 kek mak long buat utk dia.. ni salah satu kek the best.. semua orang suka makan... penat mak long pergi berguru sampai ke TURKI tau! heheheeee...

sesiapa yang teringin nak makan kek buah turki ni tak payah susah2 naik kapal terbang nak mkn kek buah sedap ni... buat sendiri ajer... don worry aleen sharing resepi dengan u alls... ambil pen..salin yer...[fesyen lama]


sumber~citarasawan 
by~aleen aireish

Bahan A
200gm mentega
125gm icing sugar
1 sudu teh fruit paste [aleen guna air buah campur tin]
6 biji telur

BAHAN B
[diayak semua sekali]
160gm tepung hong kong [aleen guna tepung superfine]
40gm tepung jagung
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh rempah kek lapis [guna serbuk kulit kayu manis]

additional by aleen sendiri >
2 tsp baking powder
1 tsp ovelatte

BAHAN C
100gm buah kering campuran (mixed fruits)
80 blackcurrent [blh guna buah kurma]

HIASAN : hirisan
badam
ceri merah dan hijau [aleen guna biji gajus]

** Aleen x follow 100% resepi ni.. jika u alls buat..bahan2 semua ada..carry on..teruskan... aleen guna bahan apa yg ada kat umah shj..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFER


aleen alaskan loyang dgn baking paper..sblm tu sapukan loyang dgn sdkt mentega.. sementara nk siapkan adunan panaskan oven terlebih dahulu..


Bahan A pukul hingga berkrim..


 lps tu masukkan telur satu persatu hingga habis..


hasil dari bahan A tadi yg dah dipukul


Bahan B yg tlh diayak..


masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata..


adunan dah siap. lps tu bahagikan kpd 2 bahagian.. 1 bahagian digaulkan bersama Bahan C. 


satu bahagian lagi dituangkan dlm loyang yg tlh siap digriskan kan td.. ratakan adunan.. Ambil adunan yg bercampur buah tadi tuangkan atas adunan ni..ratakan..


dah siap ratakan..alen buat hiasan atas kek ni.. aleen guna biji gajus.. susun ikut citarasa..


masuk dlm oven dan bakar 180 selama 1 jam  atau hingga bahagian tengah nya licin apabila dicucuk dgn lidi..


kek dh masak..





dihidangkan buat famili.. SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo