Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday, 27 July 2012

TEMPOYAK PATIN BONDA

RESIPI TURUN TEMURUN..AKHIRNYA PASTI .... semalam termakbul juga buat tempoyak patin bondaku tersayang.. memang selera betul makan masa berbuka puasa & sahur.. menambah nasi berpinggan-pinggan kata suamiku tersayang.. "SEDAP aiihhhh"...  hihihihhh

NI GULAI TEMPOYAK ORANG PERAK .. utk keluarga aleen ni lah resipi turun temurun.. kdg2 ada jugak yg x sama... lain org..lain bahan2 nyer.. apa yg aleen igt hingga kini, pesanan arwah opah & atok.. kalau nk masak gulai tempoyak yg ummphhhh!!! rahsianya.. jgn guna daun kunyit atau serai.. even bawang sekali pn.. kelazatan tempoyak tu akan hilang.. lagi satu, kuah nya jgn cair, kena pekat sikit.. resipi nya trsgt2 lah ringkas.. mesti rasa mcm x caya jew..



Bahan-bahan
by~aleen airiesh

1 ekor ikan patin saiz sedrhana [jika nk ikan lain pn boleh..ikut citarasa]
4 sudu besar tempoyak [lg lebih lg sedap..ikut nk byk mana]
4 ulas durian
**2 bj cabai merah besar
**6 atau 7 biji cili pedas
[tanda ** diblender sekali]
1 atau 2 keping asam gelugor [jika perlu.. aleen x guna tempoyak dh over masam]
serbuk kunyit secukupnya
air secukupnya
garam secukupnya
gula secukunya

Cara-cara :
-bersihkan ikan patin..[klo blh rendamkan dulu dlm 1/2jam bersama tpg gandum & asam jawa], utk hilangkan bau hanyir..
- masukkan semua bahan2 sekali gus..termasuk ikan juga kecuali perasa2 tu..
- biarkan mendidih.. agak2 nk masak masukkan lah semua bahan secukup rasa tu.. kaup balik kuah tempoyak dlm periuk tu..
- sedia utk dihidangkan...



 


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo