Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday, 31 January 2016

BUBUR CHA CHA CHA

Bubur tradisi .. bubur dahulu kala turun termurun.. ada yg panggil bubur gunting.. tapi kalau dah berwarna warni ada yg panggil bubur cha cha .. tak kira lah nak panggil cha cha ke gunting ke.. janji sedap..





BUBUR CHA CHA CHA Homemade
By ALeen Aireish

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air [ + - ]
1 helai daun pandan
sehiris halia
gula secukupya
secubit garam
perwarna - optional

Cara-cara :
- ayak tepung bancuh dgn air hingga jadi doh [jgn lembik]
- canaikan/gelek nipis dgn roll, kemudian gunting sekeping2
- setelah gunting sekeping2, gunting kecil2 pula
- didihkan air, rebus doh yg tlh digunting kecil2 td hingga timbul dipermukaan air.. angkat, masukkan ke dlm air sejuk, toskan pula, pindahkan ke dlm bekas lain.. buat sampai habis.
- sementara kita merebus, sediakan kuah.. santan + daun pandan + gula, masak dgn api kecil dahulu..
- setelah proses merebus habis masukkan semua kepingan kecil2 tu ke dlm kuah yg sedang dimasak.. masak seketika, masukkan juga hirisan halia + secubit garam.. kacau supaya tak pecah santan.. tutup api, siap..


















SELAMAT MENCUBA ....


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo