Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 29 May 2012

KERABU PERUT PUCUK PAKU

Hari ni menu tengah hari simple sgt.. pelaling goreng, sardin tin tumis & kerabu perut pucuk paku. Famili suka sgt... ingtkan lauk simple mcm ni xde sambutan... rupanya luar dugaan heheheeee.. selera agaknyer bila menu ringkas & sikit.. berebut mkn... ekceli aleen nk sharing resepi kerabu perut pucuk paku.. pandai2 sendiri jew buat ni..


Bahan-bahan :
1 ikat pucuk paku
sedikit perut [agak2 sendiri nk byk mana]
3 bj kacang kelisa/kacang botoi [dihiris2 nipis]
1 bj tomato [dipotong dadu]
1 bj bwg besar [dihiris halus]
1 bj cili merah
1 bj cili hijau
belacan [agak2 nk byk mana]
5 bj cabai pedas
3 sudu besar santan
2 sudu besar kerisik
2 bj limau kasturi [ambil jus nya]
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara :
- perut direbus..pucuk paku direbus.. tus air..ketepikan
- cabai dgn belacan ditumbuk lumat.ketepikan
- sediakan satu besen yg besar, masukkan semua bahan2 di atas..satukan..
- kemudian gaul mesra sampai sebati..
- hias  hidangkan..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
ALEEN UPLOAD PIC UTK RUJUKAN..


pucuk paku yg dah siap dipatah2kan dan direbus..toskan air..


perut juga dh siap direbus, kemudian dipotong.digunting ikut citarasa nk besar mana..


bahan2 sampingan, kacang kelisa, bwg, tomato..semua dh siap hiris.. jus/air limau kasturi..


kerisik kelapa original, aleen buat sendiri..wangi sgt bau nyer.. klo beli siap kt kedai x berapa suka.. bau tengit.. nk mkn pn rasa x selera..
cili & belacan juga yg tlh ditumbuk lumat


santan yg dh direnehkan sekejap..


step seterusnyer... masukkan dlm besen/bekas yg besar sedikit.. semua bahan2 disatukan..bekas besar senang nk gaul2 kan..


dah siap digaul mesra..rasa dah sekata..



siap untuk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo