Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday, 20 May 2012

APAM AISKRIM CORNETTO

Dah beberapa hari nk cuba resepi ni asyik tak nyempat jew... ada lah nampak sorang berdua member dh try resepi ni post pic kat pesbuk.. geram jew tgk nyer..hehehe.. so semalam cuti curi-curi masa juga lah membaking.. famili kat rumah pn tak sabar nk tgk & merasa apam yg ala-ala cornetto ice-cream ni.. sebelum tgk bahan-bahan.. jom kita tgk dulu mcm mana nk buat kon ataupun kelongsong apam aiskrim ni..

STEP 1 ~
perlu ada kertas [kertas bungkus burger atau kertas bungkus nasi campur warna coklat ni..]
gam & gunting.












STEP 2 ~
 Lipat seperti di gambar ni..



Akan dapat 3 bahagian mcm ni




STEP 3 ~
Gunting bahagian atas tu..




Lps tu gunting 3 keping mcm ni..so dpt 3 keping

 

STEP 4 ~
Pastikan kedudukan kertas & jari sprt di gambar ni..





STEP 5 ~
Mula lah melipat, gulung tanpa menggerak kan ibu jari td kt bwh tu.. gulung sampai dpt bentuk kon..

Dapat lah hasil kon sprt kat gambar sebelah ni.. Jika rasa tak selesa dgn step ni, blh lah ikut step sndiri.. atau step buat kon utk kcg kuda tu hehehe.. happy buat kon ya...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

JOM TENGOK RESEPI -


by ~ kak azlita masam masam manis
resepi asal ~  mama fami

Bahan-bahan [utk adunan ni aleen dpt lbh kurang 50pcs bergantung pd saiz kon]

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ blh guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ blh guna pewarna yang berlainan

Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

*tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut

Cara-cara :
- Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
- Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
- Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
[tpg & asikrim soda ni, aleen buat cara aleen sendiri, masukkan selang seli, mula dgn tpg, akhir dgn tpg..]

- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan.
- Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.
- Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye..
- Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu. Kemudian kita tutup. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit mumcungnya supaya mudah di tutup.

- Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.Kemudian kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.

- Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejukJangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

- Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit

- Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.
- Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! .Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje.. dah siap

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
BEBERAPA GAMBAR ALEEN UPLOAD UNTUK RUJUKAN


Telur & gula dipukul...

Dah ditambah ovallete utk melembutkan apam, pukul putih, kembang, ringan..

Tepung gandum diayak

Aiskrim Soda

Cara kon disusun dlm loyang, didirikan..

Cara ni utk memudahkan aleen, aleen masukkan dlm piping bag setiap warna tu.. lps tu baru picit dlm kon.. utk elakkan kon nampak comot juga..
yeyyy.. adunan kaler2 dh dimasukkan dlm kon


Dah masak angkat dari kukusan..


Coklat pn dah siap bubuh...deco2


Apam dh siap dikeluarkan dr kelongsong..


SELAMAT MENCUBA !!!!


4 comments:

  1. slm daleen..mesti ank2 suka tengok, kopek2 dulu cekelat tu..last skali baru hunggis apam..

    nanti nk terai laa..ingt kn guna kon eskrem bebetul..hehehe..

    tq 4 d post..

    may Allah bless u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... mmg anak2 suka mkn ni.. sronok tgk dorang pakat buka kon apam tu.. tp cara mkn kena start dr bawah..
      [yg ni hero aleen cakap la..last sekali bru mkn coklat..apam lembut kata nyer hehehee]

      selamat mencuba ya..

      Delete
  2. Wah..menarik la resepi ni..blh try.

    ReplyDelete
  3. Apakah penyebab apam tidak kembang,?

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo