Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday, 16 March 2016

AYAM PANGGANG KARAMEL PEDAS

Memang best.. tinggal tulang temulang je.. habis kena sapu..
Resepi dah parking.. menu yg tak seberapa utk famili makan2..




AYAM PANGGANG KARAMEL PEDAS
By ~ ALeen Aireish

1 ekor ayam

~>> cuci bersih2 bahagian luar dalam ayam
didih air, kukus/stim ayam hingga masak.
sediakan loyang yg dilapik dgn aluminium foil, alihkan ayam ke dlm loyang

1 batang carrot
2 bj kentang
1 capsicum

~>> potong ikut citarasa, masukkan aje ke dlm loyang ayam

Bahan Perap :
sos tiram
kicap lemak manis
lada sulah
serbuk kunyit
garam halus
sedikit jus perahan lemon

~>> tiada sukatan agak2 sendiri aje, campurkan/sapukan rata pada ayam luar dalam yg siap kukus masak td.. perap lbh kurang 15-20 minit, sedia utk dipanggang dlm oven hingga kentang lembut ayam kelihatan brown.. suhu 180-200 bergantung pada oven masing2

Bahan Sos Karamel Pedas :
2 s/b gula [dijadikan gula hangus]
*** gula dah cair masukkan lbh kurang 50ml air, kacau licin, ketepikan sebentar
1 bj bawang besar + 3 ulas bawang putih + 7 bj cili kering = kisar halus [nak pedas lebihkan cili kering]
3-4 s/b cili sos
kicap lemak manis secukupnya
garam halus secukup rasa utk sesuaikan rasa

~>> periuk gula hangus/karamel tu, pasang api sederhana, masukkan cili kisar biarkan mendidih berbuih. Masukkan cili sos + kicap + garam = kacau sebati & mereneh sebentar.. sedikit pekat tutup api siram atas ayam panggang. sedia utk hidangan..


















SELAMAT MENJAMU SELERA..

Tuesday, 1 March 2016

AISKRIM SUMI VIRAL FACEBOOK

Finally.. ais krim viral di facebook.. mlm tadi OT.. balik kje boleh ngadap..
hubby dh belikan barang .. dah tunaikan mana yg terhutang.. makesure sblm bukak tin2 susu tu.. cuci bersih dgn sabun cuci pinggan luaran nya dulu yer.. takut kencing tikus najis.. nnt nk simpan dlm peti ais hehe.. sedikit peringatan utk kita lbh berhati-hati..





AIS KRIM GLITER SUMI
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ rakan facebook

1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis [terpulang nak manis mcm mana..]
3 paket sumi [satu pc belah 4]
4-5 tin air biasa [sukat guna tin susu] / 1.5L
secubit garam

~>> susu cair + susu pekat manis + air + secubit garam = masak hingga mendidih
~>> sejukkan, boleh bungkus ais krim, simpan dlm peti ais kat tmpt keras..

~>>> selebihnya ikut kreativiti dan selera masing2.. ada yg tambah warna.. ada yg buat tambah milo dan etc.. suka hati u all yg nak makan..

kita dah cuba..







SELAMAT MENCUBA..


Friday, 19 February 2016

BAHULU EXPRESS GUNA SANDWICH MAKER

subhanallah syioknya buat tadi.. gara2 en hubby sebok nak makan bahulu panas terus cuba resepi semudah menyebut 123 ABCni.. terbaik sedap sangat.. lembut gebu rasa sikit garing2.. terasa semuanya.. bau bahulu harum satu rumah.. tak perlu bersauna.. cuba lah..






BAHULU EXPRESS
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ rakan facebook

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor/halus
3 biji telur
secubit garam
sedikit esen vanila
filling kesukaan [optional] jika suka

Cara-cara :
- gula + telur + garam + esen vanila pukul hingga kembang putih gebu
- masukkan tepung gandum sedikit-sedikit, kaup balik guna spatula
- lenserkan sandwich maker atas bawah dgn minyak masak
- sudukan adunan/bancuhan, tutup biarkan masak tunggu hingga lampu sandwich maker padam
- alihkan bahulu sapukan filling kesukaan, sedia utk dimakan..













 SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, 16 February 2016

PES / PERENCAH TOMYAM SERBAGUNA HOMEMADE

Keluarga suka masakan ni.. maka tercuba lah buat pes tomyam sendiri di rumah.. terima kasih kak atie jumaat rakan di pesbuk kerana sudi berkongsi resepinya..





PES / PERENCAH TOMYAM SERBAGUNA HOMEMADE
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak atie jumaat

Bahan untuk dikisar :
26 tangkai cili kering - gunting buang biji, rebus
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3-4 batang serai
4 inci lengkuas
2-3 inci halia
4 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
2-3 inci belacan bakar
~>> semu bahan diracik/hiris, kisar halus

Bahan untuk penambah perisa :
1 kiub ikan bilis
2 kiub ayam
1 cawan gula melaka
[aleen guna gula merah tk sampi 1 cwn + dgn air panas 1 cwn, bancuh]
3 s/b gula pasir
2 biji limau nipis perah ambil jus

1 cawan Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan myk, tumis bahan kisar hingga naik bau wangi, garing
- masukkan bahan penambah perisa, tumiskan lg hingga betul2 pecah minyak berminyak.. siap
- sejukkan, simpan dlm balang buat stok, simpan dlm peti ais..

BERAPA LAMA BOLEH TAHAN SAYA TAK PASTI.. SAYA BARU AJER MENCUBA.. NAK TAU BRP LAMA BOLEH TAHAN, CUBALAH BUAT YER..

SESUAI JUGA UTK BAKAR IKAN & SEBAGAINYA..











SELAMAT MENCUBA...


Saturday, 13 February 2016

REMPEYEK / PEYEK / TEMPEYEK

Macam2 org panggil kan... yang penting sedap bangat.. makan tak boleh berenti mcm mana ni.. sekali sekala cuba resepi dari negara jiran pula.. terima kasih kakak umi.. minum petang kami anak beranak semalam..




REMPEYEK / PEYEK / TEMPEYEK
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak umi dari indonesia

Bahan utama : (A)
500gm tpg beras
4 1/2 cawan santan cair

Bahan-bahan : (B)
2 genggam kcg tanah [nak letak lebih terpulang]
~>> goreng dahulu jgn garing atau hangus, toskan minyak
1 genggam ikan bilis
~>> ditumbuk
5 helai daun limau purut [diracik/hiris halus]

Bahan utk dikisar : (C)
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
4-7 bj bawang putih
1 cawan santan
~> ambil sdkt santan dr sukatan 4/12 cawan tu
** masukkan semua bahan dlm blender, kisarkan.. ikut suka nk hancur terus ke.. sedang2 ke..

Bahan-bahan lain : (D)
2 sudu kecil garam [aleen lebihkan sikit nk sesuaikan rasa]
2 sudu besar gula [aleen lebihkan sikit]
1 sudu kecil ajinomoto [optional]
2 biji telur
1 sudu makan air kapur

Cara-cara :
- Dalam bahan A masukkan C, kacau
- Masukkan D,kacau
- Kemudian bancuh dgn lebihan santan dr 4 1/2 cawan tu, tuang sikit2 hingga bancuhan cair,
- Masukkan bahan (B) kacau, bancuhan siap, jika ada kekurangan pd rasa boleh aje tambah garam & gula ikut citarasa kita..
- panaskan myk agak banyak dlm kuali yg selesa, sebelum lerengkan bancuhan rempeyek, basahkan lereng kuali terlebih dahulu dgn minyak panas dr kuali yg sama
- Kemudian ambil dlm 2 senduk bancuhan rempeyek lerengkan bancuhan rempeyek di tepi kuali, siram2kan lagi dilereng kuali dgn myk yg sama dr dlm kuali tu juga..
- Agak nak garing ambil sudip sisipkan dgn sudip ditepi2 kuali tu supaya rempeyek td lekang/tanggal dr kuali dan masak elok dlm kuali
- ulang step sprt mula2 nk buat.. siram2kan myk panas di lereng kuali sblm tuang bancuhan.. buat sampai habis..
- api sederhana aje..














SELAMAT MENCUBA...



hv fun with my cute photo