Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 20 May 2014

CHEEZY CHEESE WEDGES ALA KFC HOMEMADE


Apa tunggu lagi, jom buat di rumah.. tak perlu order online lagi.. bukan tk sudi nk order cuma keluarga di rumah ahlinya ramai terpaksa buat ajer.. beli mcm tak cukup..



CHEEZY CHEESE WEDGES ALA KFC

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ buku resepi

Bahan-bahan
3 -4 sudu makan butter
250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam [kiub xde kita guba serbuk secukup rasa]
6 keping chesse
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
pewarna kuning

cara-cara penyedian : [masak dlm periuk api kecil]
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !



SELAMAT MENCUBA!!!


Sunday, 18 May 2014

NUTELLA PODS


Menjadi kegilaan ramai di facebook.. ramai tercari-cari resipi ni.. tk pasti sejauh mana dgn resipi yg belajar di kelas.. even tak sama rasa mungkin, tp jadilah dpt merasa jugak dr beli harga yg mahal tk cukup utk famili yg ramai ahlinya.. atau jika kebetulan rasa pula sama itu satu credit secara tak sengaja setelah bertungkus lumus carian di google & perkongian teman tak mengahampakan.. tp yg ni pun sedap bangat.. cuba lah!!!! 


NUTELLA PODS

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ The pastry chef

RESIPI A :

Bahan-bahan : DOH COKLAT
115gm unsalted butter [aleen guna buttercup]
100gm gula castor
1 biji telur
1 s/k garam halus [aleen x letak]
1 s/k esen vanila
110gm tpg serbaguna [aleen guna tpg red rose]
35gm tpg beras
50gm coco powder
20gm serbuk badam [aleen tambah sendiri]

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- pukul gula & butter hingga gebu, masukkan telur & esen vanila
- dlm mangkuk lain satukan/ayak semua bahan kering, gaulkan.
- masukkan sikit2 dlm bahan butter dh pukul gebu td hingga habis, simpan dlm peti ais tmpt biasa 30 mimit.
- panaskan oven terlebih dahulu
- bulat2kan masukkan dlm pan muffin, bakar 8-10 minit suhu 180
- keluarkan dr oven tunggu dlm seminit mcm tu, ambil penggelek tpg size kecik,[aleen guna penggelek utk fondant aje] tekan di tgh2 utk jdkan lubang
- dh sejuk pipekan nutella dlm pod tu.. siap

RESIPI B :

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Kak ida osman

** 2 3/4 cawan tpg gandum [aleen guna red rose]
** 1 st soda bikarbonate
** 1/2 st baking pwder
** 50 gm serbuk walnut
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula kastor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- Ayak bhn brtnda **
- Putar butter dn gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tpg dn kacau rata hnga jd doh.
- Glis muffin pan. Bulat2kn doh dn letak dlm muffin pan. Bakar suhu 180, 8-10 minit
- Stlh kluar dr oven tunggu 1 minit sblm mnekan cookies td utk mmbuat lubang.
**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan**
Pipekn nutella kdlm pot bila cookies dh sejuk.







SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, 13 May 2014

AYAM GOLEK PENGANTIN





SET AYAM GOLEK PENGANTIN

By ~ Aleen Aireish 

Bahan utk ayam :
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam halus
sos tiram
kicap manis ABC
madu lebah/honey

Cara-cara :
- ayam cuci bersih tanpa perlu dipotong, lumurkan dgn semua bahan dinyatakan secukupnya. biarkan sebentar sementara DIDIHKAN AIR KUKUSAN UTK STIM AYAM.
- air dah mendidih blh stim ayam hingga masak
- biarkan ayam sejuk sebentar, panaskan myk secukupnya dlm periuk, goreng ayam dgn api sederhana, pastikan ayam tenggelam dlm myk ketika menggoreng. masak hingga nampk kuning keemasan angkat dan toskan myk.

Bahan-bahan Sos :
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 btg serai
10 tangkai cili kering [ tk suka pedas blh kurangkan]
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar

bahan sampingan :
sos cili
sos tiram
garam & gula secukup rasa
bawang goreng

Cara-cara :
- blender semua bahan hingga halus
- panaskan sedikit myk tumis bahan hingga harum naik bau, garing pecah myk..
- masukkan bahan2 sampingan secukupnya & rasa secukup rasa, tutup api, blh siram atas ayam golek yg dh siap goreng td. tabur pula bawang goreng. siap

UNTUK NASI MINYAK/NASI MENTEGA :

Bahan-bahan : [ikut byk mana kita nk masak nasi utk keluarga]
beras
**bawang kecil
**bawang putih
**bunga lawang
**kulit kayu manis
**bunga cengkih
**buah pelaga
**halia
mentega/myk sapi
daun pandan

Cara-cara :
- beras cuci bersih, sukat air secukupnya
- panaskan mentega/myk sapi dlm kuali, goreng bahan bertanda [**] naik wangi, tutup api, terus masukkan dlm periuk berisi beras td dan masak seperti biasa. sblm tu taburkan sdkt serbuk kunyit utk nasi kelihatan kuning emas & daun pandan utk wangi.

Boleh hidangkan nasi bersama ayam golek utk keluarga tersayang

SELAMAT MENCUBA !!!

BAKSO SEBERANG

PERTAMA KALI BUAT TAK TAHU LAH JADI KE TAK hehehee maklum ler bkn org seberang gitu.. dpt mkn memey best





BAKSO SEBERANG

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ google

Bahan-bahan bebola daging/meatballs :
1kg daging cincang halus - seeloknya daging lembu
300gm tepung ubi
4-8 bwg putih
1 biji bwg merah/besar
1 sudu teh lada putih
garam secukupnya lbh kurang 2 sudu
1 cwn air ais
~> nk buat 1/2 sukatan pn blh
cara-cara :
- bwg putih, bwg merah, white pepper, garam, air ais masukkan dlm belnder, haluskan..
- masukkan daging cincang, haluskan masukkan dlm bekas campurkan dgn tpg ubi sebatikan..
- diuli hingga lembut & licin, panaskan air, bulat2kan meatball ikut selera saiz nk besar mana.. bila dh timbul ke atas blh lah angkat dan masukkan ke dlm bekas yg ada air, angkat blh ketepikan..

Bahan-bahan kuah/sup :
air rebusan daging@kiub pati lembu – saya guna rebusan daging lembu (300g daging + 700g tulang ) - tak kisah nk buat berapa kg terpulang..
**4 ulas bawang putih
**2 bj bwg besar
**1 sudu teh lada hitam
**1 sudu teh lada putih
**2 inci halia
**1 inci lengkuas
**2 bj buah keras
yang bertanda (**) blender halus
2 bunjut sup tulang
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair - saya gantikan dgn sos tiram
garam & gula secukup rasa
sedikit myk utk menumis

Cara-cara :
- panaskan myk, tumis bahan blender naik bau, tuang stok daging, masukkan sup tulang bunjut, lada sulah, kicp cair, tambah garam & gula secukup rasa, masukkan bebola daging, biarkan mendidih kemudian tutup api.

Bahan-bahan Sambal kicap:
bwg putih - dibakar
cili api pedas
air rebusan daging/stok
kicap lemak manis secukupnya

Cara-cara :
masukkan semua bahan dlm blender kecuali kicap, blender hancur, kemudian dicampur dgn kicap lemak manis.

Bahan-bahan sampingan :
kubis - diracik halus
sawi - direbus
sos cili
bwg goreng
daun bwg & daun sup

SELAMAT MENCUBA !!!

SELAR 3 RASA SEMPOI





SELAR 3 RASA SEMPOI

By ~ Aleen Aireish

2 ekor ikan selar
** bersih dan goreng garing

1 bj tomato size besar [blender hancur]
cili kering blender + bwg besar + bwg putih
2 keping nenas [klo xde yg fresh blh guna nenas dlm tin
bunga kubis
kcg buncis
carrot
baby tomato
serai hiris serong
bawang bulat kuning potong dadu
cili api potong bulat kecil
sos cili
sos tiram
garam & gula secukup rasa
sdkt air
myk utk menumis

Cara-cara :
- panaskan myk dlm kuali, tumis cili blender garing, masukkan tomato puri [blender] biar mendidih sekejap
- masukkan semua bahan, masukkan perasa secukup rasa, tuang atas ikan selar dh siap grg tadi..

SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG DAGING BONDA





RENDANG DAGING BONDA

By ~ ALeen Aireish 
sumber ~ blog hairul

Bahan-bahan :
1 kg daging
1bj kelapa [guna santan kotak aje]
daun limau purut [optional]
daun kunyit
2kpg asam gelugor
2 s/b kerisik
1 s/b kicap lemak manis
garam gula
myk utk menumis

Bahan blender :
10bj cili kering
2 labu bwg besar
1-2 inci halia
1-2 inci lengkuas
4 btg serai
1 s/b ketumbar
1 s/t jintan manis
2 s/t jintan putih

Cara- cara :
- panaskan myk, tumiskan bahan blender hingga garing naik minyak berbau wangi
- masukkan daging, tutup sekejap
- masukkan santan hingga pekat kering naik myk
- masukkan asam gelugor, gula, garam secukup rasa
- masukkan kicap utk rsa lemak2 & rendang kelihatan gelap sedikit
- masukkan kerisik, daun kunyit, kacau sekejap sedia utk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA !!!

ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI




ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ citarasawan

Bahan-bahan utk doh :
500gm tepung high protein [aleen guna tpg gandum]
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera [aleen guna 1pkt yis 11gm]
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air
1 tsp bread improver [aleen tambah sendiri]

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Rehatkan selama 20 minit.
[STEP SETERUSNYA REFER CARA2 PALING BAWAH SEKALI..]

Bahan-bahan utk Topping :
200gm mentega
160gm gula ising
3 biji telur di pukul ringan
2 tbsp serbuk kopi segera di larut dengan 1 tbsp air
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan pes kopi, pukul rata. 2.Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk dulu, tp jgn lupa keluarkan awal bg suhu bilik sblm nk pipe atas bun nanti ok.

Bahan-bahan utk Filling/Inti :
Mentega beku di potong kiub
Gula perang secukupnya
(Gaul kiub mentega dengan gula perang baru dimasukkan ke dalam bun)
---------------------------------------
Cara-cara terakhir seblm bakar :
1. Timbang doh seberat 50gm atau 60gm, canai dan bentukkan bulat kemudian masukkan kiub mentega yang di gaul dengan gula perang di tengahnya. Bulatkan kembali doh dan biarkan hingga mengembang 2 kali ganda.
2. pipekan topping ke atas bun bermula dari tengah bun, berbentuk spiral. Buat hingga habis.
3. Bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga keperangan.





SELAMAT MENCUBA!!!

hv fun with my cute photo