Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 1 October 2013

DONUT CARROT GEBU

DONUT CARROT GEBU RESIPI SENDIRI
Pertama kali mencuba tidak menghampakan .. sedap


DONUT CARROT

By ~ ALeen Aireish

Bahan A :
500gm tpg gandum
1 paket mauripan
1 sudu makan shortening
1 sudu kfc garam halus
** satukan semua bahan dalam bekas.. gaul mesra, sekata ketepikan sebentar, sediakan utk bahan B plak

Bahan B :
2 btg carrot
2 biji kentang
buang kulit, rebus hingga empuk, tos air, sejukkan
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1 tbsp margerine
**satukan semua bahan blender hingga halus

Bahan tabur : gula kastor

Cara-cara :
- campurkan bahan B dlm A, masukkan sikit2 sambil menguli.. buat smpai habis bahan B tu..
- uli adunan smpai tak melekat dijari, tu tanda nyer doh dh ok, klo melekat pandai2 lah tambah tpg sikit2 yer..
- perap 30 minit, akan naik berganda
- uli kecil ikut saiz donut yg dikehendaki..
- dah siap, rehatkan pula dlm 10 minit, donut akan nmpak montok sedikit.. panas myk, goreng
- ketika menggoreng myk mesti byk supaya donut cantik terapung semasa digoreng.. api sederhana ok, rajin2 lah balik kan donut supaya masak sekata..
- sejukkan.. sira gula kastor atau mkn dengan susu pekat manis..

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo