Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 20 September 2012

BROWNIES COKLAT MARBLE KEJU

AMINN..AMINN...YA ROBBAL A'LAMINNN.. syukur kepada mu ya Allah kerana memanjangkan usia jodoh ku bersama suami tersayang & anak2... 16 September adalah satu tarikh yang takkan dilupakan sampai bila2... begitu juga dgn rakyat malaysia.. seluruh rakyat malaysia diumumkan cuti umum pd hari tersebut... heheheeee jgn tak tau.. ANNIVERSARY aleen & hubby tau! semua org cuti...special kan!!

16 september juga adalah MALAYSIA DAY sama2 kita mendoakan agar negara kita dijauhi dr bahaya & rakyat2 nya tidak bergaduh sesama sendiri... sama2 kita menjaga tanah air tercinta di mana tumpahnya darah kita... bumi kita MALAYSIA..

Actually aleen nak sharing resipi satu ni... sempena celebrate Anniversary hari tu aleen buat special utk hubby & anak2... ternyata dorang suka... mesti lah suka kan! kalau dh coklat VS keju... follow me...


by ~ aleen aireish
sumber~dr dapur kak yah

150gm mentega
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1/2 cawan susu segar..nak guna susu cair pun okey
*2 cawan tepung gandum
*2 sudu teh beking powder
*2 sudu teh soda bicabonat
[bertanda (*) ayak semua sekali 3 kali]
1 sudu teh esen vanila

Lapisan keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula [klo manis blh less kan..]
1 biji telur

Memtega dicairkan dan dicampur dengan serbuk koko dan susu.
Putar telur dengan gula  dan kemudian masukan campuran koko dan esen vanila.
Dan akhirnya masukkan tepung yang telah diayak bersama beking dan soda bicarbonat.  Kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek (biar kertas terkeluar melebihi loyang)
Masukkan brownies ke dalam loyang dan simpan sedikit untuk lorekan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.

Pukul keju bersama gula hingga kembang dan kemudian masukkan telur.  Pukul lagi biar kembang.
Masukkan adunan brownies yang telah dikeluarkan dari ketuhar.
Lebihan koko tadi dmasukkan ke dalam plastik atau paping ising dan buatlah bulatan kecil dan seterusnya semakin membesar diatas adunan kek tadi.  Lorekkan dengan lidi pengcunkil gigi untuk membentuk corak yang dikehendaki.
Bakar semula selama 15 - 20 minit.
Biarkan sejuk dan keluarkan kek dengan memegang kertas lebihan tadi.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE






 






 kek dah siap masak

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
UNTUK KEJU










SELAMAT MENCUBA!!!








No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo