Sepatah dua kata ..
DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~
Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..
Followers
Tuesday, 13 September 2011
Puding Roti Coklat Gula Hangus
Bahan-bahan ( 1 loyang (sederhana kecil) )
8 keping roti (boleh kurangkan kalau nak hasil yang lebih lembut. eira punya puding agak keras sebab guna banyak roti)
6 butir telur
1 cawan air
1 cawan gula halus mengikut citarasa (utk blend)
1 cawan gula halus (utk gula hangus)
sedikit susu pekat (mengikut citarasa)
sedikit esen vanilla
hiasan (mengikut citarasa)
Cara-cara :
sediakan periuk pengukus. biar air mendidih.
sementara itu, buang tepi roti (yang hitam) dan jadikan roti (bhg putih) kepada cebisan yang agak kecil.
blend cebisan-cebisan roti tadi bersama telur, gula halus, susu, air dan esen vanilla sehingga halus. ketepikan dahulu..
kita move pada gula hangus pula. seperti biasa, panaskan gula hangus sehingga menguning. jangan hitam sangat.. nanti pahit.
matikan api, tambahkan air sedikit kepada gula hangus tersebut. Dengan pantas kacau air dan gula hangus tersebut supaya sebati. (hati2 sebab dia merecik sedikit)
tuang gula hangus tersebut sehingga rata ke dasar permukaan loyang. dan kemudian diikuti dengan kisaran roti.
kukus sehingga masak.. anggaran dalam 40~45.. tapi boleh juga check dengan menggunakan lidi seperti biasa...
selamat mencuba..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment