Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 16 May 2013

COKLAT BATIK BERLAPIS

Hai Hai Hai .. Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all of u..  panjang umur jumpa lagi kita kan!!!!
rasanya lama juga tak update entry terbaru di blog aleen ni .. ada beberapa resipi masih tersimpan belum di publish ... tak apa pelan2 aleen masukkan utk dikongsikan dgn kawan semua ya ..

Sempena HARI GURU ni aleen ambil kesempatan utk ucapkan Terima kasih kepada guru2 aleen masa sekolah dahulu kerana telah berjaya memberi tunjuk ajar kpd aleen supaya menjadi insan yg berguna dan diredhai Allah .. tak lupa juga ucapan Terima Kasih tak terhingga kepada guru a.k.a CHEF yg telah beri ilmu baking dari ZERO hingga lah aleen boleh hasilkan sendiri semua kek2 dan macam2 jenis masakan lagi ..

Untuk guru anak2 mama .. jasa & pengorbanan mu guru tk dpt saya balas kerana sabar mendidik anak2 saya menjadi seorang anak yg rajin berusaha, menghormati org lain .. hanya Allah sahaja membalasnya.. aminnnnn ...

Hari ini 16 Mei 2013 special baking utk jamuan Hari Guru di sekolah anak petang nanti .. permintaan dari hero2 mama .. kita buat "COKLAT BATIK BERLAPIS"


By ~ Aleen Aireish
Sumber ~ Wendy / Cik Rose

Bahan-bahan :
250g biskut [sepaket biskut MARIE original taste]
200g milo [sepaket]
380g susu pekat manis [1 tin, tk guna sampai habis]
5 biji telur
1 s/k esen vanila
150g buttercup
3 sudu serbuk koko

Cara-cara :
- sediakan loyang 7 inci yg dialas dgn kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. ketepikan ..
- satukan semua bahan kecuali butter/mentega, kacau sebentar kemudian masukkan dlm kuali. guna api kecil utk elakkan hangit di bawah, kacau hingga semua bahan tu betul2 sebati
- kemudian masukkan butter/mentega kacau lg sampai pekat, kasar & berbintil-bintil. tutup api.
- cedokkan 1 senduk adunan ke dlm loyang dan ratakan. susun biskut di atasnya. ulang proses melapis hingga adunan habis.
- lapisan terakhir tekan sikit dgn lebihan kertas minyak td supaya permukaan rata & tutup. simpan dalam peti  ais bbrapa jam, tp klo nk hasil yg best simpan semalaman. keluarkan dan potong kiub2.

BONUS TIPS UTK COKLAT BATIK BERLAPIS :
- tujuan kertas myk dialaskan dlm loyang utk memudahkan proses potong & keluarkan dr loyang
- sblm tutup api pastikan adunan pekat berbintil [menggerutu]
- pastikan guna pisau tajam yer semasa proses potong coklat batik berlapis ni, basahkan terlebih dahulu kemudian lap dgn kain bersih, ulangi step ni utk proses potong seterusnya.. hasil nya dpt shape yg cantik.

TUTORIAL :


bahan2 diperlukan, simple ajer kan!!!


telur masuk satu per satu, kacau sebati


ready masukkan dlm kuali, masakkan atas api kecil supaya tak hangit


siap sudah, masak pekat berbintil-bintil yer ..


loyang dh standby, lebihkan ukuran nya nnt yer.. 


cara melapis mcm pic atas ni, susun biskut ikut kreativiti masing2 yer... kalau boleh susun biskut rapat2 yer lg nampak cantik bila potong ..


siap melapis, aleen taburkan coklat rice atas nye.. saje nk lain sikit .. klo u all nk letak apa2 pun boleh utk daya tarikan ..


setelah semalaman di dlm peti ais, potong kiub2 mcm ni ok ..

SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo