Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 20 December 2012

COKLAT GANACHE ALEEN

GANACHE .. dengar je ganache terus set kat mind oohh.. Kek Coklat .. Macam-macam resipi org buat coklat ganache.. lain org lain resipi lain cara mungkin...

Sebelum tu jom kita kenal dulu "Apa Itu Coklat Ganache" ..
Ganache berasal dr perkataan perancis "cusion". Ganache ada pelbagai fungsi sprt penambah perasa kpd puding atau kek, utk hiasan dan menyalut kek.

Ganache yg asas hanya guna 2 bahan shj Whip Cream (WC)/Krim Putar [Dairy whipping Cream] dr hasil tenusu.. dan Coklat Masakan. Bagaimanapun kita blh menambah lain2 bahan sprt mentega, glukos, golden syrup atau madu.. terpulang pd resipi masing2.

WC blh juga digantikan dgn susu cair (evaporated milk), susu segar (fresh milk) atau susu UHT. Ttp bahan ini sedikit jejas kualiti ganache dr segi kekilatan & teksturnya. Jika di hotel2 mereka lbh suka guna krim putar hasilnya lebih baik.

Tips 1 ~ Jika suka topping yg cair, sejukkan dulu bbrapa jam. kemudian siram atas kek
Tips 2 ~ Jika suka topping yg tebal sejukkan semalaman pd suhu bilik ajer, ke esokkannya barulah guna.
Tips 3 ~ Perlu diingatkan mencairkan coklat jgn sekali guna haba yg  terlalu panas krn menyebabkan keluarnya minyak di permukaan coklat n menjejaskan teksturnya.
Tips 4 ~ Ganache yg baru dicairkan tdk blh terus simpan dlm peti sejuk, mesti sejukkan perlahan-lahan utk membantu molekul2 dlm coklat dan krim itu menjadi sebati.
[sumber info dr buatcoklat2u & aleen]

Sedikit perkongsian dari aleen, harap dapat membantu yer.. yg ni plak aleen nk sharing resipi coklat ganache yg aleen guna..


By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
250gm coklat masakan [aleen guna brand beryls]
250gm krim putar
2 sudu besar sirap glukos / madu / golden syrup
2 sudu kecil mentega

Cara-cara :
- panaskan cara double boiler krim putar hingga nampak sprt belon2 gelembung ditepi mangkuk WC tu, tutup api
- curahkan ke dlm mangkuk coklat, kacau hingga coklat licin
- masukkan sirap glukos, kacau sebati lg
- masukkan mentega, kacau licin, siap
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE


WC double boiler


curah dlm mangkuk coklat


masukkan 2 sudu besar sirap glukos


Ganache coklat dh siap setelah dimasukkan mentega dan dikacau licin..

SELAMAT MENCUBA !!!


1 comment:

  1. Coklat ni akan sentiasa cair atau perlu dipanaskan untuk.mendapatkan tekstur yg cair?

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo