Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday, 22 June 2012

AISKRIM GORENG MUDAH

Syok sgt buat aiskrim goreng sendiri ni... yg best nyer ramai kawan2 pesbuk teruja nk mancuba... kira kt pesbuk aiskrim goreng ni paling top lah... siap semua upload pic utk tatapan... tak kurang juga yg memberi komen.. "nak buat"...

my famili berebut dpt aiskrim ni ..dh habis pun minta lg....heheheheee... aleen rasa org yg x pernah ke dapur pn terrer buat ni... sambil pejam mata pn boleh setel... nk tgk bahan2 tak!!!


Bahan-bahan:
by~naz's cute oven small kitchen
sumber~kak lina

[untuk 5 ketul aiskrim]
10 keping roti [apa2 brand pn blh, aleen guna gardenia]
5 scoop aiskrim [apa2 taste pn blh, aleen guna Mat-Kool]
minyak masak secukupnya utk menggoreng
**plastik utk menyimpan aiskrim dlm ais-box
**acuan utk menerap roti [cawan plastik atau apa2 yg blh dijadikan penerap]

KALAU TAK MAU BUAT KLIM KLIM DITEPI ROTI TU.. AMBIL MUG/CAWAN 
CARA NYA..AMBIL SEKEPING ROTI LETAKKAN AISKRIM DI ATAS ROTI TU, KEMUDIAN AMBIL ROTI SEKEPING LAGI TUTUP ATAS AISKRIM TU PULA.. AMBIL CAWAN ATAU MUG TEKAN/TERAP SAMPAI PUTUS..DAPAT BULAT TERUS HASIL NYA.. mudah kan...

Cara-cara :> Refer pada gambar di bawah ni ok..


roti yg aleen guna, gardenia bread


letakkan 2 keping roti, penerap di atas roti, kemudian tekan kan sampai putus..


dapatlah hasil mcm ni.. 2 keping roti berbentuk bulat


aiskrim mat-kool, guna 5 scoop shj..balance tu kemudian blh buat aiskrim lg..hehe


aiskrim letak atas roti mcm ni..


ambil lg sekeping roti td..letak di atas..tutup aiskrim tu...


kemudian tekan2kan ditepi2 roti tu bagi rata..sehingga tiada lubang2 kecil.. kiranya mcm buat karipap tu lah..pastikan ok!!


aiskrim 5 ketul yg dah siap.. so sekarang time nk packing dlm plastik pula..simpan semalaman dlm ais-box utk dptkan aiskrim yg best..


mcm ni lah rupanye aiskrim dipacking.. masuk dlm ais-box ya.. aleen simpan lbh kurang 1 hari. cth, ptg smlm buat... ptg esok nyer dh blh goreng. ada juga yg simpan 3 ke 5 jam shj.


jeng jeng jeng...aiskrim dh siap gorenggggg.... nyummyyyyyyyyyyyyyyyyyy


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo