Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday, 14 April 2012

LEMON CHOCO CAKE

Alhamdulillah at last 1.30pg siap juga kek ni. Penat keje blm pn habis terus terkam ke dapur jew..ni la 1st time buat cake birthday utk hubby tersayang...nk kata pandai sgt tu aleen masih lg belajar..apa salahnyer aleen buat sendiri kek utk suami tersayang kan!!! basic tu ada la sikit2 setelah g baking class.. bila kita buat hasil dr air tgn sendiri alangkah puas nyer rasa hati..penat pn x rasa penat..coz utk org yg kita sayang..hubby pula x habis2 memuji...lg la kembang rasa hidung ni..heheheeee
jom tengok resepi..

sumber ~ kak azlita aziz
Bahan A untuk kek
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C
4 biji telur ~ diblender

cara-cara2 :
Panaskan kukusan Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikanPanaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B Kacau sebati, guna spatula aje.Tuangkan adunan dalam loyang Tutup loyang dengan aluminium foil Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ x letak pn xpe
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air Biarkan ia kembang

Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.Tambahkan golden syrup Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati Angkat dan sejukkan Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit. Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING




125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

sedikit pewarna kuning, Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek. Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras. Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.




Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit. Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja . Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Alee,
    tabiklah.... sampai 1.30 pagi siap! Mesti suami tambah sayang. Salam kenal dari kak Amie, follow sini ye.

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam kak amie, salam kenal juga dr aleen, tu la kak..1pg baru siap..sbb hubby punya pasal...hehee

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo