Sebut jew telur dadar semua orang suka..maklumla makanan paling simple nk masak kan..dh la simple sedap plak tu..tambah2 plak mkn dgn nasi panas bubuh kicap lemak manis..fuuuhhhhhh..i likeeeeeeeeee.. aleen klo malas sgt ni jew la mampu buat heheheee.. kat sini aleen nk sharing resepi telur dadar kota..nama telur dadar kota ni aleen created sendiri..nama asal telur dadar ni aleen tk ingat..resepi nya pun aleen ambil dr satu blog dari seberang..bahan2nya aleen edit juga..tengok resepi..
Bahan-bahan :
4 biji telur
2 sudu makan tepung beras
daun bawang [diracik halus]
daun sup [diracik halus]
cabai merah [hiris halus]
garam
ajinomoto [x bubuh pn xpe..ikut citarasa..]
lada sulah [suka hati nk lebih pn xpe..]
cara-cara :
kacau telur mcm biasa..masukkan semua bahan..kacau lg sekali nampak mcm keluar buih2 sikit..lps tu panaskan kuali..masukka myk sikit..goreng..dh masak bolehlah hidangkan..
Dengan resepi ni telur dadar anda akan kelihatan tebal seperti kek..beza dengan telur dadar biasa..
ok. selamat mencuba ya..
CUBA YER!!!
Sepatah dua kata ..
DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~
Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment