Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 19 April 2018

RESEPI APAM NASI/APAM LEGEND

minum petang simple2 jew.. yg legend jugak yg sedap kan..dulu mak buat kita pandai makan jew.. skrg jd mak, kita lak turun bersilat.. suka yg putih dari yg warna2, nak buh warna boleh jew
resepi pun senang sangat.. segera siap..

Image may contain: food  Image may contain: food

No automatic alt text available.  Image may contain: food

RESEPI APAM NASI/APAM LEGEND
============================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
sumber ~ Aween

Bahan-bahan :
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis (mauripan)

kelapa parut putih + garam halus kukus sebentar supaya kelapa tak cepat basi

Caranya :
1. kisar nasi + air + gula hingga halus
2. kemudian masukkan semua bahan dlm bekas
3. kacau hingga sebati
4. perap 3jam
5. masukkan dlm acuan comel2
6. kukus hingga masak 10 minit
7. hidangkan bersama kelapa parut

selamat mencuba ..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo