Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 18 April 2018

RESEPI SARANG TELUR & BUTTER PRAWN

mari mari kita ajar buat sarang telur tu.. sukat pakai senduk jew hokeh.. Sudi share la.. saya tak pandai sangat, kalau ada yg kurang dlm resepi ni maaf yew..

Image may contain: food

video - CARA MENYEDIAKAN SARANG TELUR BUTTER PRAWN

SARANG TELUR
==============
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati

Bahan-bahan :
1 senduk butter/margerine
2 senduk minyak masak
2 biji kuning telur

NOTA : MESTI ADA SENDUK BULAT TU TAU, TAK ADA DOSA TAK GALAKKAN GI PINJAM RUMAH JIRAN SEBELAH, JIRAN PUN NK GUNA hehe

Caranya :
- telur kuning tu kocok biasa2 jew tak perlu berbuih
- masukkan butter/margerine & minyak dalm kuali, panaskan hingga cair
- pegang senduk dan pusing2kan (TWIST) senduk dlm minyak tu..[refer video]
- sambil pusing senduk dlm kuali sambil tuang kuning telur tu.. pusing laju2, nk dpt halus cara tuang tu tgn angkat tinggi sikit & kuning telur turun halus jew ke dasar kuali
- pusing jew smpai telur tu masak kuning keemasan, tapiskan tos minyaknya.. siap
--------------------------------

RESEPI UDANG BUTTER
===================
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan Utk masak udang :

12 ekor udang saiz besar atau sederhana [Aleen buat 20 ekor]
sdkt garam
sdkt lada sulah
myk utk menggoreng
3 ulas bwg putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sdkt butter utk menumis
sdkt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

cara-cara :
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap

selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo