Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 30 March 2016

ROTI SOBEK INDO a.k.a ROTI PUSH UP

Saya tak pakar nk buat roti, uli tangan je pun.. follow sis ni buat dia uli tgn.. terbaik roti dr chef anita ni.. tgk dia buat teruja sgt nk cuba.. sekali cuba hasil memuaskan.. uli tangan pun lembut sangat.. push up push up je hehe i like sangattt... uuu lama nye nk rehatkan doh kejap2 sejam.. ofkos la kena sabar dear, klo nk buat hasil terbaik.. sambil2 tu gi la buat keje lain tk sedar tgk2 dah smpi time.. sebenarnya tk lama pun sejam tu.. silakan share mana yg nk share ilmu ni.. kita panggil roti Push Up :)









ROTI SOBEK INDO
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sister anita indonesia

Bahan-bahan A :
1 tsp yis kering
150ml susu segar/susu cair

~>> masukkan yis ke dlm susu suam2 panas, kacau rata, biarkan berbuih megembang
~>> cara Aleen, aleen tak buat step atas ni.. aleen terus masukkan yis ke dlm mangkuk tepung [refer gambar]

Bahan-bahan B :
250gm tepung gandum/roti
1 bj telur - dikocok
1 tbsp gula kastor
1/2 tsp garam halus

Bahan C :
30gm butter/margerine

inti/filling kesukaan [aleen guna kacang merah]
1 bj telur - utk glaze/sapu atas roti sblm bakar
sedikit butter/margerine - utk glaze/sapu atas roti slps bakar

~>> campur semua bahan B dlm bekas, kemudian tuang bahan A juga sekaligus, kacau rata uli hingga jd doh, uli dgn tgn 2 minit,
~>> masukkan bahan C uli lg hingga lembut licin elastik 15 minit. banting2kan doh tu semasa proses menguli
~>> bulatkan doh tutup bekas doh dgn plastik wrap, rehatkan 1 jam hingga doh naik kembang 2 kali ganda
~>> selepas 1 jam alihkan doh ke atas lapik canai yg sudah ditabur tepung.. bahagikan doh kpd 9 bahagian/ketul, masukkan inti kesukaan susun dlm loyang yg dilapik dgn baking paper, tutup doh dlm loyang dgn plastik wrap sekali lg biarkan kembang 1 jam.
~>> setelah 1jam sapu atas roti dgn telur yg dikocok terlebih dahulu, kemudian bakar dlm oven suhu 180 selama 20-25 minit atau hingga masak. siap bakar sapu atas roti dgn mentega/margerine..


































SELAMAT MENCUBA..
 tongue emoticon

AYAM GORENG BEREMPAH VERSI MAMA ALEEN

Makan ayam goreng berempah suka yg sisa2 goreng serdak tu.. mcm keropok plak.. ratah je lah nak oii .. licor hehehe



AYAM GORENG BEREMPAH SPICY VERSI MAMA ALEEN

By ~ ALeen Aireish
1/2 ekor ayam
~> potong sederhana kecil atau ikut kesukaan
~> gaul dgn kunyit + garam, ketepikan

Bahan kisar :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci hali
3 btg serai
1 s/mkn ketumbar [sangai dahulu]
1 s/mkn jintan manis [sangai dahulu]
gula secukupnya
~>> kisar kan jd pes

Bahan lain :
1 s/b rempah kari babas
1 s/b serbuk cili babas
2 s/b tepung gandum
3 s/b tepung beras
1 biji telur [dikocok]
2 tangkai daun kari

Dalam bekas ayam masukkan bahan kisar bersama dgn bahan2 lain.. 1 tangkai daun kari diracik halus campurkan sekali. gaul sebati, sekata..
panaskan minyak yg banyak.. goreng ayam, pastikan ayam tenggelam dlm minyak semasa proses menggoreng ok.. goreng hingga ayam masak rangup bersama serdak2 tu.. akhir sekali goreng 1 tangkai lg daun kari kelihatan tukar warna agak krispy angkat tabur/campur bersama ayam siap goreng td.. siap













SELAMAT MENCUBA..

SAMBAL AROMA WANGI UDANG

kelainan sikit daripada sambal udang biasa.. dr segi bahan menyelerakan.. sedap.. lazat.. kita dah cuba..


SAMBAL AROMA WANGI UDANG
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ chef hanieliza

Bahan-bahan :
1/2kg udang
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar [potong bulat]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
1 sudu mkn udang geragau / udang kering
garam & gula secukup rasa
sedikit air panas

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih

cara-cara :
panaskan minyak, tumis daun kari
masukkan bahan kisar + udang geragau/udang kering..masak hingga naik bau pecah minyak
masukkan udang segar + air + bawang besar + garam + gula sesuaikan rasa, kacau rata
bawang sudah layu tutup api, masukkan jus limau kasturi.. kacau rata sekali lagi.. siap..
















SELAMAT MENCUBA..

AYAM TEPUNG SAMBAL KERING


Mencuba isi ayam goreng bertepung rangup masak sambal kering.. mmmm.. tak menghampakan.. ratah pun sedap.. yg penting famili suka..





AYAM TEPUNG SAMBAL KERING
By ~ ALeen Aireish

1 mangkuk isi ayam potong nipis
1/2 cawan tepung beras
suku cawan tepung gandum
sedikit garam

~>> isi ayam cuci bersih, gaul dgn tepung tak perlu tambah air yer, goreng hingga masak rangup.. ketepikan..

12 tangkai cili kering
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih

~>> kisar halus, ketepikan

2 tangkai daun kari
3 inci halia - tumbuk lumat
garam & gula untuk sesuaikan rasa

Cara-cara :
- panaskan minyak, tumis daun kari layu, masukkan bahan kisar + halia, tumis hingga naik bau wangi dan garing
- masukkan isi ayam, gaul sekata dgn sambal.. tutup api..














SELAMAT MENCUBA..

Monday 28 March 2016

MASAK LEMAK CILI API SARDIN TIN


Bosan tomeh tomeh tomeh .. masak lemak cili api plak.. esok2 masak kari plak.. pening2 fikir nk masak apa hari2 hihi.. bau aroma nya buat perot bergetaran.. CARA MUDAH MAMA ALEEN



MASAK LEMAK CILI API SARDIN TIN
CARA MUDAH MAMA ALEEN

By ~ ALeen Aireish

1 tin sardin size besar
~>> ambil isi/ikan sahaja.. sos/kuah sardin tak nak ok

1 kotak santan
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih **
10 bj cili ** [nak pedas lg lebihkan cili]
sedikit belacan **
1 btg serai [dibelah & ketuk]
3 keping asam gelugor
daun kesum
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya [jika santan terlalu pekat]
minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa

~>> bahan bertanda { ** } kisar dahulu, panaskan myk tumis bersama dgn serai & serbuk kunyit hingga naik bau pecah minyak
~>> masukkan santan + air secukupnya, kacau perlahan
~>> masukkan daun kesum + asam gelugor kacau sebentar, masukkan sardin tin kacau perlahan, tambah garam + gula utk sesuaikan rasa.. masak sebentar tutup api..












SELAMAT MENCUBA ..

hv fun with my cute photo