Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 17 March 2014

TELUR DADAR BERKEJU


TELUR DADAR BERKEJU



By~ ALeen Aireish 
sumber ~ Amie's little kitchen

Bahan-bahan :
5 bj telur
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
1 cawan hirisan keju [aleen guna grated cheedar cheese aje]
1 s/t baking powder
1 s/k serbuk pati ayam atau secukup rasa
mentega

Cara-cara :
campur semua bahan ke dlm telur,kecuali mentega, kocok hingga berbuih
panaskan kuali non-stick saiz kecil dan cairkan mentega
masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dlm kuali
masukkan 1/3 cwn hirisan keju
apabila permukaan telur kelihatan kental, terbalikkan dgn hati2
setelah kelihatan kuning keemasan atau sdkt warna perang angkat, ulang step hingga telur habis.

SELAMAT MENCUBA!!!
 

SEPUH


SEPUH
SELALU CICAH AIR ASAM JE KAN.. SEKALI SEKALA TUKAR SELERA, SESUAI DIMAKAN DENGAN IKAN BAKAR, TERUNG BAKAR FAMOUS DI KAMPUNG ALEEN PERAK


SEPUH
resipi asal ~> cek yah mak aleen

[sukatan nye ikut sendiri nk buat byk mana, lbh kurang aje]

1 cwn kerisik [buat sendiri, beli siap x sedap]
2 cwn santan pekat - parut kelapa, perah ambil santan renehkan sekejap jgn pecah myk, tk nak reneh pn xpe
asam jawa - air asam jawa secukupnya

**bahan tumbuk
cili padi
belacan secukupnya

serai - dimayang & dincincang halus
lengkuas - dimayang nipis
bawang kecil - dimayang
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-cara :
- masukkan semua bahan dlm mangkuk/besen, gaulkan hingga sebati. jika pekat tuang sdkt air panas hidangkan.

SELAMAT MENCUBA RESIPI ORANG KAMPUNG, DARI BONDA ALEEN

SELAMAT MENCUBA!!!
 

Sunday 16 March 2014

KERANG TUMIS BERCILI


KERANG TUMIS BERCILI


By ~ Aleen Aireish
sumber potret kasih

KERANG TUMIS BERCILI

1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 batang serai ( dikisar )
10 tangkai cili kering ( dikisar )
1 biji tomato (dikisar )
1 cm halia ( dikisar )
sedikit garam, gula secukupnya
serbuk perasa ( jika suka )

Cara2 :

1. Cuci bersih kerang kemudian toskan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga berbau harum dan pecah minyak.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya kemudian masukkan kerang.
4. Boleh masukkan sedikit air jika suka kemudian kacau kerang tadi hingga masak….
5. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA ..


KANJI SUM SUM


DIGEMARI HINGGA KINI WALAUPUN DAH LAMA KANJI SUM SUM NI WUJUD.. nyum nyum 

KANJI SUM SUM



By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ deliahsdeli blogspot

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan
2. Gaul semua bahan dan tapis dalam periuk.
3. Kacau adunan sebentar dan tuang dalam loyang/acuan yang telah disapu minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah/melaka.

SELAMAT MENCUBA!!!

HOMEMADE NUGGETS

HOMEMADE NUGGETS

APA TUNGGU LAGI IBU2 KAT RUMAH JOM PAKAT BUAT NUGGETS SENDIRI, PUAS HATI

TESTIMONI KWN2 :- RASA NOT BAD MCM RASA SELLING KAT KEDAI..


By ~ Aleen Aireish
[Berat > 1.5kg = > 50pcs]

Bahan-bahan :
4 ketul dada ayam ambil isi shj
** cuci bersih & rebus hingga masak, kemudian dipotong/hiris kecil2 halus

8 keping roti gardenia
**dipotong dadu kecil2 [bahagian tepi roti berwarna coklat tu dibuang terlebih dahulu]

sedikit daun sup & daun bawang
1 btg carrot
** potong dadu

2 kiub ayam
2 sudu mkn tpg jagung
2 sudu mkn baking powder
lada sulah secukup rasa

Bahan utk skin luar [salut]
5-6 bj telur
bread crumb warna oren secukupnya

Cara-cara :
- kesemua bahan2 di atas campurkan dlm satu bekas yg besar, ramas2kan hingga blh dikepalkan atau agak2 blh dibentuk bulat2 kecil
- ambil dlm sesudu besar [agak sendiri size nk besar mana] gentelkan lps tu tekan leper sedikit, ulang buat hingga habis
- kocok telur.. [style aleen, aleen kocok telur sebiji, lps habis guna kocok lg sebiji.. begitulah seterusnya supaya telur x dibazirkan..]
- ambil nugget celupkan dlm telur td.. lps tu golek2 dgn bread crumb ready utk digoreng.

TIPS : jika nk dpt hasil nugget yg best, bread crumbs yg tebal & sekata, slps celup pertama nugget dlm telur, golek2 dlm bread crumb, celupkan semula dlm telur, golek semula dlm bread crumb, ketepikan.. siap utk digoreng atau di FROZENKAN


STEP BY STEP :-










SELAMAT MENCUBA!!!



KARIPAP PUSING


KARIPAP PUSING






 pic cara-cara ni share dr google

JOM CUBA!!!!

KARIPAP PUSING 

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ spices journey kak sheila

Bahan-bahan Doh :
DOH A
1 cawan tpg gandum
1 sudu besar tpg jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar margerine

DOH B :
2 cawan tpg gandum
1/4 cawan myk jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan - Anggaran

Cara-cara :
DOH A:-
- gaul sebati hingga blh dikepal
- kemudian bahagi kpd 4 bahagian & bulat2kan
- ketepikan

DOH B:-
- buat satu lekuk ditgh tpg tu, Panaskan myk dan tuangkan ke dlm mangkuk berisi tpg yg dibuat lekuk td tu
- gaul rata dgn senduk atau sudu dulu (AWAS PANAS YER) sehingga jd sprt serbuk roti
- bancuh garam bersama air dan tuangkan ke dlm tpg & myk td sedikit2 smbil menguli. uli hingga tk melekat kt tgn.
- bahagikan kpd 4 bahagian dibulatkan juga

** Gelek 1 bahagian doh B yg tlh dibahagikan td dan masukkan pula 1 bahagian dr doh A pula. Bungkus menjadi bulat dan ketepikan, buat sampai habis ulangi step sama aje..
- doh yg dh ssatu digelekkan sederhana x tebal sgt, x nipis sgt, kemudian digulung & digelekkan lg sekali..
- ambil gulungan doh td potong kpd 6 bahagian, gelek jgn terlalu nipis, isikan inti secukupnya juga jgn penuh sgt takut pecah, lps tu kelim lah kt tepi tu.. nk senang guna acu ajer.. blh lah goreng hingga masak kekuningan

SELAMAT MENCUBA!!!

PUDING JAGUNG KASTAD



PUDING JAGUNG KASTAD




SIMPLE RESIPI TAPI SEDAP ..

PUDING JAGUNG KASTAD

By ~ ALeen Aireish 
sumber ~ makcik manggis blogspot

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)

Cara-caranya
Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.
Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)

SELAMAT MENCUBA !!!





hv fun with my cute photo