Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 12 November 2018

CUCUR UDANG MONTOK BERGAYA

terbaik .. tak rugi buat utk family makan-makan..
Image may contain: food

Image may contain: drink and coffee cup

RESEPI CUCUR UDANG BERGAYA
============================

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ hakaq long mariana zainal

Bahan-bahan :

Udang segar (tak kisah korang nak size apa)
~>> cuci bersih, tapis toskan air udang

4 1/2 cawan tepung gandum(1/2 kg)
1/2 sdb yis kering
1/2 sdb baking powder
1 biji telur gred A
1 sdb gula
1 sdt garam (saya buh serbuk cukup rasa)
Sedikit pewarna kuning (optional blh buh serbuk kunyit )
2 1/2 cawan air (agak2 bancuhan..)
1 batang carrot disagat (tak buh stok habis)
taugeh
kucai (saya buh bab suka kucai dlm cekodoq)
daun sup (diracik halus)
3 biji bawang kecil (saya tambah, hiris nipis..saya suka ada bau2 wangi bawang masa goreng)

Cara-caranya :

- Satukan semua bahan, perap 1 jam..

- Panaskan minyak, (minyak banyak yer),api sederhana rendam senduk (dlm 1/2jam jugak saya rendam, bab sibuk dgn keje lain dulu..)

- Masukkan sedikit adunan dalam senduk yang dah panas, letak udang segar atasnya..

- Masukkan senduk dalam minyak, tenggelam yer senduk tu, biarkan seketika, elok je cucoq tu lekang sendiri dari senduk.. (part lekang ni hakaq suka giler hahaha bab sukses tak lekat)

- masak hingga kekuning, angkat.. toskan dlm tapis


RESEPI SOS
===========

Bahan-bahan :

7-8 tangkai cili kering(kisar) - saya guna serbuk cili 4 sudu besar
3 ulas bawang putih(kisar)
1 senduk sos cili
3 sdb cuka makan
1 ketul gula merah
Sedikit garam
3 sdb gula
2 cawan air

utk pekat sos : masukkan bancuhan tepung jagung.

Cara-caranya :

- Satukan semua bahan dalm periuk

- masak hingga mendidih & agak pekat, saya letak bancuhan tpg jagung

siap...

Silakan Share..

Friday 9 November 2018

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT

Klo pau ada pau kampung
Nonat pun ada.. Nonat kampung
Sedap ya amat mkn masa suam2 tabur gula perghh ada gigitan rangup2 lembut tu yg best.. bila sejuk aduhh lembut sgt2.. NAK RESEPI TAK? Ramai nak hakaq share.. tk perlu nk guna sebarang agent penaik..
Image may contain: dessert and food

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT
==============================
By~ ALeen Aireish

Bahan- bahan :
1 bj kentang -
- rebus sampai empuk lps tu masa panas2 lenyek halus..ketepikan biarkan sejuk

Ibu doh utk pelembut donut
2 s/mkn tepung gandum
1 cwn air
- campur kedua bahan ni masak atas api hingga nampak likat, tutup api biarkan sejuk

Untuk Doh
1 cawan air suam
1 pkt mauripan
- rendam hingga mauripan naik berbuih penuh cawan

5 cawan tepung gandum
1 bj telur
2 s/mkn margerine
2 s/mkn gula
2-3 cubit garam
1 cawan air ais - guna agak2 je tak habis pun secawan

Caranya :
- dlm bekas selesa masukkan bahan doh KECUALI mauripan, gaul mesra dahulu (guna tangan)
- masukkan kentang lenyek gaul rata lg
- masukkan ibu doh pula, gaul lg
- masukkan bancuhan mauripan, gaul hingga merata, sesambil uli jd doh masukkan sikit air ais
- jika masa uli tu doh lembik tambah tepung sikit2 hingga tk melekat kt tgn, siap
- uli jd doh je tau tk payah nk kerah tenaga smpai nk jdkan doh lastik ke apa ke..
- rehatkan hingga naik kembang
- tumbuk keluarkan angin
- ambil doh agak2 50gm bulat2 kan aje susun atas dulang, tebuk tengah buat lubang
- rehatkan lg bg saiz bertukar giant😊
- panaskan minyak banyak dlm periuk
- goreng hingga kekuningan keemasan
- dah sejuk tabur gula..

Sukatan cawan, saya guna sukatan cawan metrik. Hangpa tak dak cwn ni pi beli bukan mahai pun.. tak sampai rm7


Image may contain: food and text

Image may contain: food


Image may contain: food and indoor


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..


PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI

Tak menahan tgk ni..
Image may contain: food

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI
=======================================
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ sajian kasih


Bahan HIRIS KASAR
---------------------------
1 ikat pucuk ubi
10 helai daun pucuk kaduk
10 helai pucuk labu

Bahan HIRIS HALUS & TUMBUK LUMAT
------------------------------------------------------
3 batang serai
20 biji cili api - mmg berapi
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan LAIN
----------------
6 sudu besar tempoyak - letak lebih power
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai - tak buh petai takde
1 keping asam keping
garam & gula sesuaikan rasa

Cara sediakannya :
- Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
- Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan serai tumbuk kasar.
- Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam & gula sesuaikan rasa
Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu aje..jgn iku rules sgt.. sat gi takde pucuk2 tu mogok masak pulak..

*jgn terkejut resepi ni memang tak guna bawang pun .. kang ada makcik bawang tanya awok jawab dulu hahaha..
* NAK LAGI POWER KORANG LETAK PETAI .. perrghh


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..

LIME FRESH ASAM BOI


MINUMAN SEJUK YANG PALING DISUKAI

Image may contain: drink, plant, food and indoor


No automatic alt text available.


Image may contain: drink, food and indoor

ROTI KERING HOMEMADE


Sape zaman ni dulu2, suka dak??
Sekut org lama
Adik bradik sekut lutut
Hat ni homemade sapu margerine tabur gula, kitew bakor
Krup krap rangup..


ROTI HAMPIR EXPIRED BOLEH JER BUAT MACAM NI, JANGAN BUANG..

Caranya :
apa2 brand roti [roti gardenia pun boleh]
sapu atas roti dengan margerine
tabur gula pasir
susun atas dulang
bakar suhu 170 lebih kurang 15 minit
tak cukup masak boleh je tambah minit


Image may contain: food


Image may contain: dessert and food

Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA..




KUETEOW SUP PUTIH (KUETEOW TH'NG)


siapa suka kueteow ni kat R & R ada kan..


Image may contain: food


KUETEOW SUP PUTIH
==================
By ~ ALeen Aireish
sumber asal ~ chef hassan hen

Bahan untuk sup :
=============
Cara bersih ayam :
2 keping isi ayam [mana2 bahagian isi ayam]
~> cuci bersih
~> didih air
~> masukkan isi ayam dlm air mendidih hingga berubah putih,tak lama sekejap je, angkat, air rebus tu buang tak mau guna dah. Cara ni dinamakan cuci ayam.

2 jenis fish ball [putih & coklat]
2 ketul sengkuang [dipotong dr sebiji sengkuang]
1 s/b Chicken stok maggi
1 s/mkn minyak wangi/myk bawang putih [ambil bawang nya aje]
1 kiub ayam maggi
3 ketul kecil gula batu
1 s/k lada putih
garam utk sesuaikan rasa [jika perlu]
daun bawang

Caranya :
~> dlm periuk didih air, masukkan sengkuang, ayam & myk wangi, biarkan mendidih hingga ayam betul masak.
~> angkat isi ayam yg dh masak tu, nnt nak hiris nipis
~> masukkan kiub ayam, gula batu
~> masukkan chicken stok, lada putih
~> sesuaikan rasa, boleh tambah garam
~> masukkan fish ball, biarkan fish ball tu berenang-renang sekejap dlm sup tu sambil api biasa2 je.. lps tu ok, tutup api..siap

Cara sediakan KUETEOW :
=====================
1 paket kueteow
air panas
~> letak kueteow dlm mangkuk, siram air panas,
~> biarkan sekejap buang minyak, kemudian tapiskan..

Bahan untuk cili kicap :
=================
cili api
kicap cair
perahan limau nipis/limau kasturi

Caranya :
~> potong cili
~> perah limau
~> tuang kicap

Cara hidang :
~> letak kueteow dlm mangkuk
~> hiris nipis isi ayam
~> letak fish ball
~> ambil tapis, tapiskan sup supaya lebihan bawang putih goreng tu terasing, pada yg tak nak tapis, boleh je tuang terus sup dlm mangkuk tu..
~> tabur daun bawang
~> letak sesudu myk wangi bersama sdkt bawangnya
~> letak cili api.. perghhh berpeluh mkn panas2.. tang cili tu yg umphhh.. tak dak cili blh nangis bucu katil😂

NI RESEPI MINYAK WANGI/MINYAK BAWANG PUTIH :
https://www.facebook.com/aleen.aireish/posts/10213507255649381

Image may contain: food


Image may contain: food

selamat mencuba ..

Thursday 19 April 2018

RESEPI KERANG REBUS SOS CICAH ALA THAI

share share share .. i buat ni bab tak tenteram tgk bideo mamat thai yg suka makan smpi wat i terlior
resepi dah update... betoi2 rasa duk kat THAI ooo
lugi tau lau tk cuba ..

Image may contain: food


Image may contain: outdoor and food


Image may contain: food



video - CARA MEREBUS KERANG & SAMBAL CICAH

RESEPI KERANG REBUS SOS CICAH ALA THAI
=====================================
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ google

1 kg kerang
1 helai daun kunyit
~> cuci bersih
~> dlm periuk masukkan daun kunyit panaskan air hingga betul2 panas mendidih
~> masukkan kerang, tutup periuk & tutup api, biarkan 2 ke 5 minit, ni namanya teknik "blanching" [saya biarkan 5 minit mcm terover cook plak, so try la buat 2 minit ok kot]

Sos Cili ala THAI
=============
A
7-10 tangkai cili api [tk mau pedas kurangkan]
2 tangkai akar ketumbar
1 bj bawang besar [hiris]
3 ulas bawang putih [dibakar dahulu]
~> tumbuk dgn lesung

B
2 s/b sos ikan [agak2 sos ni masin]
4 s/b gula
2 s/b perahan limau nipis
1 bj cili merah besar [racik halus]
daun ketmbar [hiris2 je]
bijan sangai
sedikit serbuk cukup rasa [optional]
sedikit air

Caranya :
dalam mangkuk yg selesa campur A & B
siram atas kerang rebus tu, siap
sedap ratah oooo ..

SELAMAT JAMU SELERA

RESEPI DIY STEAMBOAT RICE COOKER

suka hati hakaq guna rice cooker bab nk ambik mood berstemboat dasar apa yg boleh jew ni
mohon tiada kecaman atau membawangan
sedap beritahu orang, tak sedap kome bg sedap lg

 




Image may contain: food


Image may contain: food


Image may contain: food 

DIY STEAMBOAT RICE COOKER
===========================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati

Bahan-bahan :
===========
crab stick
fish ball
fish cake
sotong
udang
sosej
tauhu kering
sayur kangkung
~>> kalau nk list bahan2 seafood ni panjang sgt, so ikut selera korang la nak tambah apa lg.. cucuk dgn lidi satay, kangkung tu buat seikat2, hakaq ikat dgn getah, senang koje

Untuk Sup :
========
sedikit tulang ayam, nak buh kaki ayam sikit2 pun blh
1 labu bawang putih [hiris]
2 inci halia [hiris]
1 pokok daun bawang [sepokok tu simpul kan aje]
sedikit lada sulah
2 ketul kiub ayam
air secukupnya
gula & garam utk sesuaikan rasa
sedikit je myk tak mau byk

Caranya :
- panaskan myk masukkan bawang putih & halia, dah wangi masukkan air berserta daun bawang tu, tulang2 ayam sekali
- dah mendidih, tulang ayam dah elok masak, masukkan semua bahan lain yg tinggal tu.. siap

Untuk Sos/Pencicah :
================
10 tangkai cili besar merah **
5 tangkai cili api pedas merah** [menyegit pedasnya] optional
5 ulas bawang putih**
10 s/b sos ikan**
10 s/b cuka**
gula pasir** [untuk sesuaikan rasa]
1-2 cwn air**
5 s/b sos thai [yang ada gambar AYAM jantan tu]
sedikit gula melaka/gula merah
sedikit bancuhan tepung jagung [utk pekatkan sdkt sos]
sedikit daun ketumbar [hiris utk tabur je]
sedikit bijan [disangai/digoreng tanpa myk,utk tabur je]

Caranya :
- semua bahan bertanda tu sekali gus masuk dlm pengisar, kisar hancur
- masukkan dlm periuk tambahkan sedikit myk masak, masak atas dapur, api kecil
- masukkan sos thai, gula melaka, last sekali masukkan tepung jagung
- tabur daun ketumbar & bijan, siap
NOTA ~> nak pencicah cili ni gelap, tambah je kicap lemak manis.

CARA MAKAN :
ambil seafood yg dicucuk lidi tu, korang celup dlm rice cooker yg ada sup kt dlmnya..[rice cooker tu ON plug kasi sentiasa berasap panas jew sup tu..] lps tu korang berpesta la makan ramai2 sambil membawang yg baik2 yer..

selamat mencuba..

RESEPI APAM NASI/APAM LEGEND

minum petang simple2 jew.. yg legend jugak yg sedap kan..dulu mak buat kita pandai makan jew.. skrg jd mak, kita lak turun bersilat.. suka yg putih dari yg warna2, nak buh warna boleh jew
resepi pun senang sangat.. segera siap..

  


No automatic alt text available.


Image may contain: food


Image may contain: food

RESEPI APAM NASI/APAM LEGEND
============================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
sumber ~ Aween

Bahan-bahan :
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis (mauripan)

kelapa parut putih + garam halus kukus sebentar supaya kelapa tak cepat basi

Caranya :
1. kisar nasi + air + gula hingga halus
2. kemudian masukkan semua bahan dlm bekas
3. kacau hingga sebati
4. perap 3jam
5. masukkan dlm acuan comel2
6. kukus hingga masak 10 minit
7. hidangkan bersama kelapa parut

selamat mencuba ..

Wednesday 18 April 2018

RESEPI KUETEOW BAKAR

Rugi tak cuba.. walaupun terguna silap kuali tapi rasa nyer.. sedapppp sgt... sebijik rasa kueteow mkn kt restoren..ada plak cili jeruk..perghh sudi silakan share.. x sudi tak apa..big thanx to Chef Abdullah HassanHen.. sikalang dapor saya sudah manyak bahan2 utk cook chinese food style.. tocheh tocheh chef

Image may contain: food


Image may contain: food and outdoor
 

video - CARA MENGGORENG KUETEOW BAKAR

RESEPI KUETEOW BAKAR
======================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
Sumber ~ Chef Abdullah HassanHen

Bahan-bahan : Step 1
1 mangkuk kecil daging [dihiris]
1 s/k tpg jagung
1 s/mkn kicap cair
lada sulah
sedikit minyak masak
Caranya :
daging cuci bersih, perap dgn semua bahan di atas selama 10 minit

Step 2 :
1 bungkus kueteow [suka yg halus]
1 mangkuk taugeh segar
1 biji telur
2 ulas bawang putih [dicincang halus]
cili padi [ikut pedas sendiri, saya potong2 je]
1 1/2 s/mkn sos tiram
1 s/mkn kicap pekat [saya lebihkan sikit ]
sedikit kicap cair [ikut masin]
sedikit lada sulah
perencah hilal [tak dak guna serbuk cukup rasa maggi]

Caranya :
- GUNA KUALI NON-STICK yer, [dlm video hakaq tersilap capai kuali.. dah siap masak baru pasan,faktor umur mngkin]
- masukkan sdkt myk, tumis bawang putih hingga perang
- masukkan daging & goreng sebentar
- masukkan kueteow kacau, biarkan sebentar
- masukkan semua semua bahan di atas KECUALI telur & taugeh ok. kacau rata, besarkan api, biarkan kueteow tergoreng berubah menjadi berbintik krn terbakar, nnt naik aroma yg sgt sedap bau satu rumah.
- pecahkan telur, tindihkan telur dgn kueteow, biarkan telur masak sebentar,lps tu kacau
- akhir sekali, masukkan taugeh, tak mau masak lama nnt taugeh layu..

NOTA :
GUNA KUALI BIASA MELEKAT,UNTUK BAGI KEUTEOW BAKAR BERBINTIK , GUNA KUALI NON-STICK OK BARU JADI.
TAK GUNA GARAM BAB KICAP MASIN DAH CUKUP RASA
TAK GUNA GULA BAB SERBUK YG GUNA TU DAH CUKUP RASA.

SELAMAT MENCUBA ..

RESEPI GOLDEN CHICKEN UNTUK NASI AYAM

slalu ngat tgk ayam bersidai.. tergantung sampai atap umah..
ni haa lau sudi nk share..silakan..
big thanx to chef Abdullah HassanHeng krn mengajar cara buat ayam golden.. actually ayam ni utk nasi ayam.. tp saya colek ngan sos pedas jew bab ayam nye juicy sedap.. tk kering.. btw jgn kecam ayam saya tau hehe.. bab blm improve lg mcm sifu chef..
so dh terjawab yer mana yg tanya saya tu mcm mana nk buat..bertabah lah ada bbbrapa step kena follow ..
Doakan moga chef abdullah diberi kesihatan yg baik, sama2 kita dimurahkan rezeki dgn berkongsi ilmu cara masak ala chinese style ..


Image may contain: food and outdoor


Image may contain: one or more people


Image may contain: food
 

video 1 - CARA MANDIKAN AYAM

video 2 - CARA MENGGORENG GOLDEN CHICKEN

RESEPI GOLDEN CHICKEN
======================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
Sumber Asal ~ Chef Abdullah HassanHeng

step 1
=====
Bahan untuk mandikan ayam :
=======================
2 1/2 s/b gula pekat/MALTOSE syrup
8 s/b cuka makan
2 1/2 cwn air biasa

Caranya :
- Ayam seekor sederhana kecik, senang nk handle , x berat n bila bersidai berjemur tgh panas cpt kering..
- sediakan besi cangkuk utk HANG ayam
- semua bahan di atas ni, masukkan dlm kuali biarkan mendidih, menggelegak mandikan ayam tu dgn cara siram2 ayam dgn senduk dlm 15 mnt atau hingga kulit ayam tu nampak berkilat & tegang. sampai kaler dia sekata gold2 gitew.. dh siap mandikan kering sebentar..

Step 2
=====
Bahan untuk Sumbat Ayam :
======================
2 s/b - 5 mix seasoning spices [kalau nak spices ni ada jual kat kedai ubat cina]
1 s/k garam halus
1 s/mkn lada putih
sedikit ajinomoto [optional]

Caranya :
- ayam dah kering sebentar, campurkan semua bahan atas ni, sumbat dlm bontot ayam sapu bagi rata.
Penting Part ni :
- lps dah sumbat bahan spices tu gi lah sidai ayam tu.. mana2 tempat ygselamat lau tak kang merana ada makhluk yg bawak larik..berjemur la 3-4 jam hingga kulit ayam tu bila kita sentuh rasa mcm sentuh kertas..

Step 3
=====
- guna kuali NON-STICK lau tak mau ayam melekat,
- ayam dah cukup jemur, boleh mandikan, siram2 kan sebentar dgn minyak yg betul2 panas yer..
- gorengkan dlm minyak 15 minit mcm tu.. api jgn kuat lah nnt hangit.. apa2 pun bergantung pd cara korang goreng ayam ni.. lau agak tk masak lg.. tambah je masa goreng tk ada masalah..

NOTA KAKI :
lau umah flat, apartment, condo mcm umah bandor ni, korang hala kan kipas angin pada ayam yg bersidai ni utk keringkan kulit dia..

MALTOSE tu korang beli kat hypermarket [tak tau mcm mana rupa mohon GooGLe yer..]

tapi lau nak yg homemade punya.. resepi nye yg ni..
RESEPI HOMEMADE MALTOSE / IBU GULA
===================================
sumber resepi dr sis Nina
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan air
hirisan lemon
Cara Membuatnya:
- Cairkan gula sehingga perang
- masukkan air dan hirisan lemon
- Biarkan seketika di dalam periuk

selamat mencuba ..

RESEPI NASI AYAM HAINAN/HAILAM CHINESE STYLE


DAH UPDATE RESEPI OK .. silakan SHARE mana yg sudi tu.. perkongsian resepi asal ni dr Chef Hassan Hen,Big Thanks to chef.. saya dah pun terCOOK hali ni, korang bila lagi tukar selera rasa masakan dr lain kaum plak..

Image may contain: food


Image may contain: food


Image may contain: food


video - TIPS & TEKNIK SEDIAKAN AYAMNYA SUPAYA TAK MENGECUT

RESEPI NASI AYAM HAINAN/HAILAM CHINESE STYLE
============================================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
Sumber asal ~ Chef Hassan Hen


Bahan-bahan : Untuk Ayam
-------------------------------------
2 keping paha ayam [nak buat 1 ekor pun blh]
1 ikat daun bawang - simpulkan
1 inci halia ketuk
1/2 s/k garam
1 1/2 liter air [agak2]
Air ais untuk merendam ayam

Caranya :
- Didihkan air, masukkan daun bawang & halia serta garam, biarkan boiling naik bau..
- Celup ayam sebentar, kemudian angkat untuk mengelakkkan ayam mengecut jika terus di masukkan dalam air mendidih
- Masukkan semula ayam ke dalam periuk
- Masak dgn api sederhana biarkan mereneh selama 10-15 minit
- tutup api dan terus tutup periuk tu dgn tudung periuk, biarkan 15-20 minit lg
- Angkat ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais
- Rendam selama 30 minit jam

Bahan-bahan : Untuk Nasi
------------------------------------
2 pot beras - cuci dan toskan
3 1/2 cawan air rebusan ayam
1 inci halia - diketuk
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang serai - diketuk
3 s/b myk masak
1 s/k serbuk pati ayam [saya guna kiub ayam]

1 helai daun pandan - disimpul letak dalm air kukusan, didihkan air dahulu.

Caranya :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih + halia + serai hingga naik bau dan bawang putih turn warna coklat perang
- Masukkan beras dan kacau hingga bergaul rata
- Alihkan beras ke dalam periuk dan tambahkan air rebusan dan kiub ayam
- Kukus dalam kukusan hingga masak.

Bahan-bahan : Untuk Sos Cili
----------------------------------------
8 tangkai cili merah besar - potong
6 biji cili pedas
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - hiriskan dulu
1 s/k garam
1 s/b gula
5 s/b cuka makan
1/3 cawan air rebusan ayam [agak2]

Caranya :
- Dalam blender kisar halus cili + bawang putih + halia + serai dan air rebusan serta cuka makan bersama dgn gula & garam secukupnya.
- masak atas api sebentar, siap

Bahan-bahan : Untuk Sos Kicap Hitam
----------------------------------------------------
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 s/b minyak untuk menumis
1 s/b sos tiram
3 s/b kicap cair
1 s/k kicap pekat
1 s/b gula
1/3 cawan air rebusan ayam [agak2]
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air utk pekatkan sdkt sos tu
sedikit myk utk menumis

Caranya :
- Tumis bawang putih hingga perang.
- Masukkan air rebusan + sos tiram + kicap cair + kicap pekat dan gula.
- Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung
Sesuaikan kepekatannya, siap.

Sup
-----
- Didihkan baki air rebusan, tambah kiub ayam
- masak sup mcm biasa tambahlah apa yg kita suka
- taburan daun bawang dan bawang goreng, siap

selamat mencuba..

RESEPI SUP SALMON KING PANGGANG


Tak tau la ada dak org wat sup panggang..lau xde kita la pestime buat..lau tak pun i ketinggalan resepi
Sup Salmon King panggang siapppp
Mmmm dapnye bau.. Wangiiii
Ikan & kentang kasi panggang lu
Sup masak asing... Sirammmmm

Image may contain: food   Image may contain: food

RESEPI SUP SALMON KING PANGGANG
=================================
By ~ ALeen Aireish
Bahan-bahan :
2 keping isi ikan merah/salmon slice
2 bj kentang - belah 4
~> cuci bersih, ikan perap sekejap dgn lada sulah panggang/bakar
~>> kentang pun panggang

2 bj bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia
~>hiris

1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 s/k maggi cukup rasa
air 2 cwn [agak2 lah nk byk mana]
sdkt myk utk menumis
5 bj cili api - diketuk]

caranya :
- tumis bahan hiris + bunga lawang + kulit kayu manis hingga naik bau
- masukkan air, biar mendidih
- masukkan maggi cukup rasa secukupnya. lau ada kurang blh je tambah sendiri.. masukkan kentang panggang
- cara hidang siram terus sup atas ikan yg dipanggang td

NOTA : suka byk sayur buh la brokoli, carrot, bunga kubis, cendawan etc ikut kesukaan ..

selamat jamu selera..

RESEPI SARANG TELUR & BUTTER PRAWN

mari mari kita ajar buat sarang telur tu.. sukat pakai senduk jew hokeh.. Sudi share la.. saya tak pandai sangat, kalau ada yg kurang dlm resepi ni maaf yew..

Image may contain: food

video - CARA MENYEDIAKAN SARANG TELUR BUTTER PRAWN

SARANG TELUR
==============
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati

Bahan-bahan :
1 senduk butter/margerine
2 senduk minyak masak
2 biji kuning telur

NOTA : MESTI ADA SENDUK BULAT TU TAU, TAK ADA DOSA TAK GALAKKAN GI PINJAM RUMAH JIRAN SEBELAH, JIRAN PUN NK GUNA hehe

Caranya :
- telur kuning tu kocok biasa2 jew tak perlu berbuih
- masukkan butter/margerine & minyak dalm kuali, panaskan hingga cair
- pegang senduk dan pusing2kan (TWIST) senduk dlm minyak tu..[refer video]
- sambil pusing senduk dlm kuali sambil tuang kuning telur tu.. pusing laju2, nk dpt halus cara tuang tu tgn angkat tinggi sikit & kuning telur turun halus jew ke dasar kuali
- pusing jew smpai telur tu masak kuning keemasan, tapiskan tos minyaknya.. siap
--------------------------------

RESEPI UDANG BUTTER
===================
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan Utk masak udang :

12 ekor udang saiz besar atau sederhana [Aleen buat 20 ekor]
sdkt garam
sdkt lada sulah
myk utk menggoreng
3 ulas bwg putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sdkt butter utk menumis
sdkt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

cara-cara :
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap

selamat mencuba..

RESEPI MINYAK WANGI/MINYAK BAWANG PUTIH

siap sudah ... MINYAK WANGI SEMERBAK share share share
senang ada minyak ni.. mcm2 masakan blh buat .. Ready siap2,nk guna jew terus ambil masuk kuali .. senang bukan ..
nk bg resepi budak tadika ni .


Image may contain: food



RESEPI MINYAK WANGI/MINYAK BAWANG PUTIH
========================================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati

Bahannya :
3 labu bawang putih [cincang halus/dadu kecil2]
1 mangkuk minyak

Caranya :
- panaskan kuali, masukkan minyak masak.. minyak jgn terpanas sangat
- masukkan bawang putih
- agak2 turn kuning perang tutup api, masih kacaukan lg bawang putih tu berubah jd warna brown keemasan, terus pindahkan ke bekas lain.. jgn biarkan dlm kuali nnt hangit bawang tu sbb haba kuali tu masih ada dan panas ok. rasa pun pahit.

~> sedap mkn dgn meehun s'pore katanya
~> slalu ada dlm masakan chinese food
~> sebarang masakan guna bawang putih blh je ganti dgn minyak wangi ni
katanya byk khasiat.. jom buat ...

selamat mencuba ..

RESEPI TAUHU STEAM GELAP

share share share ...
mencuba lagi masakan dari chef HH ni.. kali ni tauhu lembut steam .. 
gigih jugak buat bab simple.. siapa suka tauhu steam angkat tgn tinggi2
tekak org kg tk blh tak dak cili api .. ada cili baru kena ..




   video 2 - CARA MEMASAK KUAH/GRAVY

TAUHU STEAM GELAP
===================
By ~ ALeen Aireish Cekgu Aleen Aireish Juliawati
sumber Asal ~ Chef hassan hen

Bahan-bahan :
1 tauhu lembut
1 mangkuk kecil isi ayam [cincang halus]
sedikit lobak masih [cincang]
cendawan hitam
3 bj bawang merah [dihiris]
2 s/mkn sos tiram
1/2 s/mkn kicap cair [agak2, tak masin blh lebihkan dlm masakan]
2 s/k kicap pekat [utk hitamkan kuah]
sedikit lada putih
1/2 cwn air
1 s/mkn minyak wangi semerbak [minyak bawang putih,sudukan skali dgn bwg2 nye tu]
sedikit tepung jagung [utk pekatkan kuah]

5 bj cili api - ketuk aje buh dlm kuah [tak pedas tak kit]
bijan di sangai & bawang goreng tabur atas tauhu

Caranya :
- keluarkan tauhu lembut dr packing, letak atas pinggan, steam 5 minit.
- dlm kuali panaskan sdkit myk, tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan isi yam, kacau .. masukkan lobak masin & cendawan hitam
- masukkan air & semua bahan lain kecuali tepung jagung
- akhir sekali masukkan tepung jagung, tuang atas tauhu.. siap

RESEPI MINYAK WANGI ~>https://www.facebook.com/aleen.aireish/posts/10213507255649381

selamat mencuba .

hv fun with my cute photo