Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 22 September 2011

INFO > Sukatan Air Dan Jenis Agar-Agar

Jenis Agar-Agar Dan Sukatan Air
Terdapat 3 jenis agar-agar :
1) serbuk
2) panjang (tali)
3) agar-agar segera (instant jelly)

1) Agar-agar serbuk :
- Dijual dlm paket 13g dan 25g.
- Berserbuk putih tanpa warna dan perasa.
- Utk dptkan agar-agar tak berair, setiap sukatan utk satu paket 25g adalah 1500ml (1.5 liter) iaitu air sahaja atau campuran (air, santan atau susu). Manakala utk mndptkan agar lbh smooth tambhkn cecair tak lbh 2500ml (2.5 liter) .
- Agar-agar serbuk mngkin ada brlainan jenis, ada yg dicampur pewarna, seeloknya sblm beli atau buat..baca arahan di label dahulu..ikut sukatan yg diberikan..


2) Agar-agar Tali (Strips) :
- Boleh didapati dalam paket plastik panjang.
- Ada size dan berat 12g, 20, 24, 30g. Agar-agar ni perlu direndam dahulu utk melembutkannya seblm dimasak larut..lebh kurang 3jam.
- Bagi mndptkan sukatan yg betul utk agar-agar tali 24g yg direndam kembang gunakan 1300ml (1.3 liter) sukatan cecair dan pastikan agar-agar dimasak hingga larut seblum dimasukkan gula.


3) Agar-agar Segera (Instant Jelly) :
- Didapati dlm 2 bentuk, satu dlm bentuk serbuk putih tiada perwarna dan gula, satu lg dgn perwarna dan perasa.
- Agar-agar pewarna biasa digunakan utk campuran dalam membuat kastad, mousse atau glaze utk kek dan puding. Digunakan sedikit shj dlm campuran kastad utk mnjadikan tekstur puding, mousse atau kek yg berkastad lbh keras, tdk lembik dan senang dipotong.
- Agar-agar perwarna dan perasa dijual dlm paket atau kotak dan complete di dlm kotak tu dgn perasa sprt pandan, rose, orange, strawberry dan dgn perwarna hijau, merah dan kuning.
- Agar-agar instant ini lbh lembik, sesuai utk menyediakan puding sprt triffle, glaze utk kek atau mousse.
- Agar-agar segera yg tlh mengandungi campuran gula, perasa dan perwarna hanya perlu menjerangnya dgn cecair shj mengikut sukatan pd kotaknya.
- Untuk mndptkan tekstur yg lbh keras kurangkan sukatan air dlm agar-agar/jelly instant atau mncampurkan dgn sedikit serbuk agar-agar utk mengeraskannya.


**kebanyakkan di paket atau kotak agar-agar tlh disediakan sukatan cecair dan gula, baca ikut arahan yg tertera sprt di paket tu.

sharing info by : > blog cita rasa wan. thnx k wan, [sharing is caring..minta dihalalkan]

1 comment:

  1. gud..tq D'Aleen Persona..info yg sgt berguna....:-)

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo