Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 18 September 2015

CRAZY CAKE


Alhamdulillah syukur.. hari ni berkesempatan lagi mengemaskini blog kesayangan hamba walaupun tak seglamour blogger2 famous yang lain .. resepi2 yg ada di blog ni saya share dgn hati yg ikhlas.. Inshaa Allah semuanya sedap2 .. teringat kata2 sorang chef ni.. masak with iman penuh dgn kasih sayang.. peace!!!

NO MIXER REQUIRED.. suka kan.. hanya senduk kayu aje diperlukan.. mudahnya.. senangnya..

I'm in Love with this .. nyummyyy... make me crazy hahaha.. jangan la scary tau.. suka hati je kita letak nama tu sebab pd resepi asal kata bread, gambar yg disharing by tuannya tu macam kek.. i jd konpius sekejap .. mana satu ni..?? tapi i tengok mcm kek.. hehehe




CRAZY CAKE
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ smitten kitchen

Bahan-bahan :
1/2 cawan butter
3 biji pisang montel/berangan
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1 s/k esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1/4 sudu garam halus
1/2 cawan bijan [sangai dahulu]
1/2 atau 1 cawan chocolate chips [utk hiasan]

Cara-cara :
- loyang size 9x5 sapu butter & lapik dgn kertas baking. ketepikan.. panaskan oven
- butter dicairkan, ketepikan
- tpg gandum + soda + serbuk koko diayak bersama. ketepikan
- dlm bekas besar lecek/lenyekkan pisang
- masukkan butter cair ke dlm bekas pisang + gula perang + telur + esen vanila kacau sebati dgn senduk kayu
- masukkan bahan yg diayak td + garam, kacau sebati. Akhir sekali masukkan bijan kacau sebati, tuangkan ke dlm loyang taburkan chocolate chips bakar suhu 180 selama 1jam atau hingga masak. keluarkan dr oven biarkan sejuk boleh dipotong utk hidangan..






SELAMAT MENCUBA ...

APAM GULA HANGUS MUDAH


Sempoi menu minum petang bersama keluarga.. penyediaan yang mudah dengan rasa nya yang sedap.. cubalah..




APAM GULA HANGUS MUDAH

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ k june ahmad/aznie khasri

Bahan-bahan :
4 biji telur
2 cwn gula
~> 1 cwn buat gula perang/hangus, bila gula cair campurkan dgn 2 cwn air biasa, ketepikan..

Baki 1 cwn gula kisar guna blender dgn telur
1/2 cwn minyak masak2 
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara :
Bancuh tepung + susu + minyak + air gula yg disejukkan..
Blend telur + gula + soda bikarbonat
Campurkan semua dan blend sebati.
Panaskan pengukus,masuk adunan dlm acuan dan kukus 15 - 20 minit..
Pastikan air kukusan betul2 panas.


SELAMAT MENCUBA ...

PETAI JERUK


Siapa tak suka ni... rugi besar nama nya haha.. dibuat jeruk lagi sedap boleh disimpan lama ..




Makanan org kampung.. siapa duduk kampung pernah makan ni kan...


PETAI JERUK CekYah
By ~ Aleen Aireish

Petai
Garam
Air

Cara pembuatan jeruk petai :
- rebus petai separuh masak boleh, masak sepenuhnya pun boleh. Asingkan biji petai dr kulit.
- bersihkan biji petai buang kotoran toskan air, selepas itu masukkan dlm bekas lain, gaul dgn garam halus secukupnya [klo blh lebihkan sedikit garam supaya petai tdk cepat rosak]
- masukkan petai dalam balang yg sesuai, isikan air masak secukupnya tambahkan 1 sudu garam kasar. Tutup rapat, dalam 2 hari buka tutup balang kacau rata, tutup kemas semula.. hari ke-3 bolehlah dimakan..


CARA HIDANGAN YANG MENYELERAKAN :

~> jeruk petai + apa2 sambal pun boleh [sambal belacan / tempoyak]

~> Jeruk petai + cili potong + isi ikan bakar + sdkt belacan, campur aje


TIPS :

~> utk tahan lama boleh tukarkan air sebulan sekali jika petainya banyak. Utk menukar air buat sprt step no. 8 & 9 tak perlu tambah garam lagi.

~> simpan dalam peti sejuk supaya kualiti tak terjejas. Jika kena cara buatannya, blh tahan berbulan-bulan malah bertahun..


SELAMAT MENCUBA ...

BROWNIES COKLAT KEDUT/KEGHEDUT

Antara resepi yang sgt2 VIRAL di facebook.. Brownies Coklat.. sebab viral tu mereka panggil dgn nama lain Brownies Kedut .. Keghedut .. apa tunggu lagi senang je buat nya ..


cik "Keghedut" saya

terlanjur adik2 nk dtg.. sempat je buat.. x tau jd ke dak renyuk2 nye.. senang bak ABC ko jah .. open order selalu haha


BROWNIES KEGHEDUT

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak Mariana Zainal

Resipinya (loyang saiz 10x10'inci)

Bahan A
400g coklat masakan ( potong kasar)

150g butter

(Cairkan bahan di atas cara double boiler.. . ketepikan)


Bahan B

100g gula perang (nk kurang manis 80g jer)

100g gula kastor ( nk kurang manis 80g jer)

4 bj telur

1 sdt esen vanilla

(Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk tidak perlu pukul yer)


Bahan C

100g tepung naik sendiri

30g serbuk koko

(Ayak bersama)


Caranya

Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. [A ke dlm B pun blh] kacau hingga sebati guna senduk kayu

Masukkan bahan C sikit2.. . kacau lagi bagi sebati.. .

Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10') kemudian lapik dengan kertas minyak hingga lebih paras loyang (supaya mudah nak keluarkan brownies tu nanti)

Tuangkan adunan dan taburkan almond flakes atau almond nibs.. . bakar selama 30- 35mnt suhu 160'-170'.. api atas dan bawah...dah siap masak.. tutup suis oven dan biarkan brownies dlm oven dengan pintu terbuka selama 15mnt.

================================

TIPS PENTING BERDASARKAN PENGALAMAN KALI KEDUA BUAT NI.. KACAU TU JANGAN BER"TWIST" GALAK ehh!!! CUKUP SEKADAR ADUK MCM BIASA JER hokeh.. KLO TAK KECIWA MERANA KO JAH HEHEHE..










SELAMAT MENCUBA ...

VEGEE LOVER PIZZA

Jom buat pizza sendiri ... menjimatkan ..




Vegee Lover Pizza
By ~ ALeen Aireish

PIZZA BIKIN SENDIRI LUMAYAN
NAK BUAT LEBIH GANDAKAN SUKATAN OK!
Bahan-bahan Doh:

2 cwn tpg gandum [h/p flour the best]

2 s/t yis segera [mauripan]

1/2 s/t garam halus

1 s/t gula kaster

2 s/b myk masak

2 s/b lemak sayur [shortening]

1/2 cawan air + - [air sejuk dr peti ais]

Cara-cara :

dlm bekas besar masukkan semua bahan kecuali air, gaul rata, msukkan air sikit2 dan uli hingga doh licin tk melekat di tgn, sukatan air bergantung pada tepung digunakan, ketepikan biarkan doh naik berganda dr size asal.


Sos pizza :

1 labu bwg holland [potong dadu kecil]

2 ulas bwg putih [potong dadu kecil]

2 bj tomato [cincang]

2 s/b myk masak

2 s/b tomato puri [sos tomato pun boleh]

3/4 s/t oregano

garam & gula secukupnya


Cara-cara :
tumis bwg naik bau, masukkan bahan2 yg lain masak agak pekat, sejukkan sebentar.


Topping :

udang/sosej/ayam/

lada benggala

tomato

cendawan butang

bawang holland

sdkt nenas

Cheese [utk penyedap berganda]


Seterusnya :
-canaikan doh pizza td ikut loyang pizza hingga menutupi dasar loyang

-biarkan 10 minit, cucuk dgn garfu supaya tdk ngelembung masa bakar

-kemudian sapu sos pizza td dipermukaan doh pizza

-taburkan bahan2 topping, taburkan sedikit cheese, jika guna cheese keping tu dicadangkan pizza dh hampir nk masak baru letak on top pizza ok bakar sekejap agak2 cheese melt.. walllaahh..

-bakar lbh kurang 20minit suhu 180-200 bergantung pd oven masing2 ehh.






SELAMAT MENCUBA...

Thursday 17 September 2015

BANANA SLICE BUTTER MUFFIN

Harumnye bau banananaaaa ..............


BANANA SLICE BUTTER MUFFIN

By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan : [nak byk gandakan sukatan]
125g buttercup
150g gula caster
150g tpg gandum
1 s/k baking powder [guna sudu kfc putih aje, sukatan bg membukit]
75g myk jagung
1/2 sdt esen vanilla
2 biji telur
Hirisan pisang montel
manik bebola warna warni

Cara-cara :

- Pukul butter & gula hingga kembang & putih

- Masuk telur satu persatu pukul rata, pastu masuk esen vanilla

- Masukkan tpg gandum yg diayak sekali dgn baking powder cara selang-seli dgn myk jagung, bila adunan dah rata, trus pukul high -speed sekejap lbh kurang 15 saat mcm tu.

- Tuang adunan dlm papercup, letak satu hirisan pisang & tutup semula dgn adunan hingga hampir2 penuh.

- Taburkan bebola warna warni secukupnya

- Bakar 20-25 minit suhu 180 atau hingga masak bergantung pada oven masing2


SELAMAT MENCUBA !!!

BAKSO ENAK

senang bangat menjadik mungkin.. bikin persis bakso jawa .. hubby cakap ermmmm feel sampai haha..




BAKSO ENAK TERLAJAK BEST

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ Kak yulie


Bahan-bahan :
meehun / mee

Utk Sup / Bakso :
1 kg tulang lembu
~>>> Cuci bersih, rebus hingga empuk

1 kg bebola daging [beli ready made aje]
1 batang saderi
7 bj bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 bj buah keras
~>>> Semua bahan di atas kisar halus, ketepikan sebentar
garam & gula secukupnya.


Cara-cara :
- dlm periuk panaskan sedikit myk, tumis bahan kisar hingga naik myk, tuangkan air sebanyak yg kita inginkan bersama dgn air rebusan dan tulangnya sekali + bebola daging.. biarkan mendidih masukkan garam & gula secukup rasa


CILI BAKSO
bawang putih
lada hijau
sedikit belacan

Cara-cara :
- goreng bawang putih & lada hingga layu
- guna lesung batu tumbuk kesemua bahan. [Aleen kisar aje semua bahan + sup bakso]

UNTUK PELENGKAP ~>>> Dihidangkan dengan sos ABC & kicap ABC biasa blh dapatkan di kedai Acheh. Memang terangkat sedap bakso nye..


SELAMAT MENCUBA!!!

AYAM SEDAP

nyummyyyyyy....



AYAM SEDAP BERSAMA NASI KUNING
BY ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan utk Ayam Sedap :
sumber dr sis irni maizura

1 ekor ayam belah 4
sos tiram
kicap lemak manis
sdkt serbuk kunyit
sdkt gula
bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + pelaga
Lada sulah
1 btg serai
serbuk cukup rasa maggi
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia

Cara-cara :
- tumis garing bahan kisar + rempah ratus 4 sekawan + serai hingga naik bau, maskkan air secukupnya, masukkan maggi cukup rasa + lada sulah tambah rasa jika ada yg kurang, biarkan mendidih masukkan ayam yg di belah td, masak ayam hingga empuk. Tutup api, asingkan ayam dr sup & toskan, biarkan sejuk sebentar

- Kemudian ayam tu dilumurkan dgn sos tiram + kicap lemak manis + serbuk kunyit + gula, perap sekejap, sambil tu boleh sediakan nasi kuning.

- CARA GORENG AYAM, myk secukupnya, pastikan betul2 panas baru masukkan ayam diperap tadi. Goreng jgn terlalu lama sbb masa rebus ayam dh masak. . agak2 ayam berwarna coklat/brown berkilat blh lah angkat.

Bahan Nasi Kuning :
4 cawan beras basmathi [beras biasa pn blh]
susu cair
kuah sup secukupnya
3 inci halia [diketuk]
1 btg serai [diketuk]
bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + pelaga
1 helai daun pandan disimpul
2 biji bawang kecil [dimayang halus]
serbuk maggi cukup rasa
sedikit serbuk kunyit
3 s/m myk masak

Cara-cara :
- cuci bersih beras, masukkan semua bahan di atas ke dlm periuk [ Aleen guna rice cooker je] tk perlu tumis2... agak2 sendiri susu cair + kuah sup utk nasi ok. Biarkan nasi masak sprt biasa.

**KUAH SUP REBUSAN AYAM TADI, GUNAKAN UNTUK MASAK NASI & MINUM SUP. UTK MINUM SUP TAMBAH SEDIKIT DAUN BAWANG + DAUN SUP + BAWANG GORENG AJE. SIAP

DIHIDANG JUGA BERSAMA DGN SOS KICAP, SOS CILI + TIMUN + SALAD.

SELAMAT MENCUBA!!!

PEPERO STICK

nyummyyyyyyyyyyyyyy... kudap anak2 & hubby .. diam diam.. satu.. satu.. hilang dlm bekas..uppss nk beritahu ni.. kita bancuh bahan je.. selebihnya en hubby yg buat haha.. seni la jugak kan..




By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan :
310gm tpg gandum
1 s/t baking powder
60gm gula kastor
50gm serbuk badam [optional, jika ada lg sedap]
secubit garam
4 s/b mentega
160 gm + - susu cair

Coating :
Coklat masakan
coklat urai warna warni
**double boiler coklat masakan, kemudian salut satu persatu pepero stick dihias dgn coklat urai

Cara-cara ;

- Dalam bekas besar masukkan tpg gandum + baking powder, kemudian masukkan gula kastor + garam, gaul sebati

- masukkan mentega, gaul hingga menjadi serbuk kasar, tuangkan susu cair sikit2 sambil uli hingga jd doh, bahagi kpd 5 bahagian sama berat, roll rata, simpan dlm peti ais 30 minit.

- roll nipis, potong doh memanjang sprt stick, susun dlm loyang bakar suhu 180 lbh kurang 15-20 minit atau hingga keemasan

- biarkan sejuk, baru dicelup coklat + coklat urai + badam


SELAMAT MENCUBA!!!

STICK COKLAT RANGUP

Lama tak bersiaran.. hari ni update resepi di blog kesayangan hamba .. :D




Roti kalau ada baki tak habis atau bahagian tepi roti yg coklat2 tu tolong ehh jgn dibuang.. elakkan buang dlm tong sampah.. membazir tak elok tau.. bkn kata kanak2 ribena yg muda je suka.. kanak2 ribena yg tua kerepot ni pun berebut.. haha ... sila lah share jika berkenan resepi ringkas ni yer..

STICK COKLAT RANGUP
By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan :
Roti Gardenia
Coklat masakan
hiasan :> chocolate rice warna warni / serbuk roti putih / nestum

Cara-cara :
- roti dipotong ikut saiz kegemaran, susun dlm loyang bakar suhu 160-180 lbh kurang 20 minit atau sehingga roti rangup krup..krup.. ikut kesesuaian oven masing2.

- coklat masakan potong kecil2, double boiler hingga cair kacau licin

- celup stick roti dlm coklat, tabur dgn hiasan kesukaan. biarkan coklat keras sekejap blh lah dihidangkan..







SELAMAT MENCUBA ...

Friday 15 May 2015

KEK K-POP MEKAR SETAMAN YANG DITEMPAH









                                  SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH 
                                                        whatsApp 017 3459694

KEK 3D YANG DITEMPAH







                                 SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH 
                                                        whatsApp 017 3459694



KEK 3D YANG DITEMPAH






                                   SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH 
                                                      whatsApp 017 3459694



KEK EDIBLE IMAGE UPIN IPIN








                                   SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH 
                                                           whatsApp 017 3459694


KEK EDIBLE IMAGE YANG DITEMPAH










                                    SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH 
                                                          whatsApp 017 3459694

KEK BIRTHDAY YANG DITEMPAH









             SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH whatsApp 017 3459694

KEK EDIBLE IMAGE YANG DITEMPAH







SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH
whatsApp 017 3459694

KEK BIRTHDAY YANG DITEMPAH








SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH
whatsApp 017 3459694


Wednesday 15 April 2015

APAM ROSES / MAWAR



APAM ROSES
By ~ Aleen Aireish 

Bahan-bahan A :
4 biji telur
2 cawan gula kastor
1 tbsp ovalette
** pukul kembang putih gebu-mixer

Bahan-bahan B :
4 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
**blh juga guna tepung naik sendiri
**bahan kering diayak sekali

Bahan C - cecair :
2 cawan fresh milk / susu cair

** perwarna kesukaan
**sedikit kelapa putih [optional] lg suka ada kelapa

Cara-cara :
- Bahan B & C selang selikan, mulakan B dulu masukkan ke dlm A, kaup balikkan, kemudian bahan C pula masukkan ke dlm A, kaup balikkan.. ulang step buat sampai tpg & susu habis. pastikan akhir sekali tepung.
- acuan sapu dgn myk
- adunan masukkan warna, letakkan dlm acuan rose kukus lbh kurang 6-7 minit
- jika guna kelapa, tekan2kan sdkt kelapa pd acuan, baru masukkan adunan..

SELAMAT MENCUBA!!!

KARIPAP V V I P



KARIPAP V V I P
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan Inti :
1 paket isi ketam potong dadu
6-7 biji kentang potong dadu
1 biji bwg holland kuning potong dadu
daun bawang hiris halus
daun sup hiris halus
sedikit ikan bilis tumbuk kasar
kiub ayam/garam, gula secukup rasa
1 sudu makan cili kisar
2 paket kari daging babas pedas
myk utk menumis

Cara-cara :
- tumis cili kisar + kari + bwg + ikn bilis hingga pecah myk naik bau
- masukkan kentang + sdkt air, kacau sebati
- masukkan isi ketam + daun sup + daun bwg + perasa secukup rasa, masak hingga inti kering, sejukkan.

Bahan-bahan Utk kulit Karipap :
1 bungkus roti gardenia
telur
bread crumbs kuning

Cara-cara :
- gelek roti sekeping2 dgn penggelek, tekap dgn mug atau tools yg sesuai supaya dpt sekeping/satu bulatan
- letakkan inti, kelim tepi roti, golek dlm telur, golekkan pula dlm bread crumbs, goreng hingga kekuningan, siap

** CADANGAN HIDANGAN LAGI SEDAP MAKAN DGN MAYONIS, TRY LAH.. KITA DAH MAKAN TADI ..

SELAMAT MENCUBA!!!

APAM CANTIK



APAM CANTIK
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan : A
2 cawan tepung beras [cap 5 gajah sesuai utk kuih-muih]
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
10-11gm mauripan
** semua bahan campur sekali, gaul rata, ketepikan

Bahan-bahan : B
2 cawan nasi
3 cawan air
**blend betul-betul halus mulus ok, nnt senang nak pipekan bunga2 cinta..

perwarna kesukaan : pink, biru, hijau

Cara-cara :
- masukkan B ke dlm A sikit2 higga habis sambil gaul rata yer
- Biarkan adunan mengembang 1jam
- panaskan air kukusan
- bahagikan adunan kpd bbrapa bahagian utk diwarnakan
- sediakan acuan lompang yg disapu dgn myk, masukkan adunan asal hampir penuh, lukis bunga2 cinta..
- kukus 10-15 minit shj.

CARA MELUKIS & TIPS :
- masukkan adunan berwarna ke dlm piping bag, gunting sedikit hujung piping bag tu, boleh lah melukis ikut kreativiti
- jgn lupa acuan lompang disapu myk supaya senang nk keluarkan apam nnt, tunggu apam sejuk baru dikeluarkan
- pemilihan tpg beras pn penting juga.. cari cap 5 gajah, tertera pd packing ada tulis sesuai utk kuih-muih
- kukus guna api biasa sahaja, tp pastikan sebelum mengukus air tu dah betul2 mendidih ok
- penutup kukus tu balut dgn kain supaya air kukusan tk kena pd permukaan apam inshaa Allah dapat hasil apam yg gebu, cantik & sedap.

SELAMAT MENCUBA!!!

PAU KAMPUNG





PAU KAMPUNG
By ~ Aleen Aireish

Bahan A
11gm yis [mauripan]
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam2 kuku [+ - 200ml air]
**satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan biarkan berbuih

Bahan B :
500gm tepung gandum
90gm shorterning
3 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar minyak jagung
** campurkan semua bahan di atas ni di dalam mangkuk pengadun KECUALI myk jagung, gaul rata sekata

~>> sediakan beberapa helai baking paper atau daun pisang dipotong 4 segi kecil agak2 sendiri saiznye ok utk lapik pau

~>> filling/inti kesukaan

Cara-cara :
- ambil bahan A masukkan sikit2 ke dalam bahan B, masukkan juga myk jagung, sambil itu uli tepung hingga dpt doh yg licin lebih kurang 10-15 minit.
- perap lebih kurang 1/2jam
- sebelum meneruskan step seterusnya didihkan air kukusan terlebih dahulu
-kemudian ulikan semula doh, timbang setiap doh 50gm, bulat2kan letakkan filling kesukaan, lapik pau dgn kertas, susun dlm kukus jarakkan.
- biarkan saiz pau naik berganda
- lps tu baru kukus 5-7 minit

**ULI TANGAN PUN BOLEH, SAMA SAHAJA STEPNYA.

SELAMAT MENCUBA!!!

hv fun with my cute photo