Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 19 January 2017

POPCORN KARAMEL PEKAT HOMEMADE

anak2 rindu nk mkn.. berbanding dgn yg jual tu ofkos la pop corn mama buat lg ummphh best [berlagak je bunyi nye hahaa jgn kecam saya] anak2 yg ckp pop corn mama best... semua cukup.. yg paling best karamel tu.. melekat u.. mendapat sambutan sharing yg sgt banyak di FB.. tak tau berapa "K" dah dorang sharing..cuba lah..


POPCORN KARAMEL PEKAT HOMEMADE
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan untuk PopCorn :
2 sudu besar margerine
2 genggam jagung kering [bertih jagung]

Cara-cara :
- sediakan kuali/periuk agak besar , cairkan margerine, masukkan jagung kering, gaul sekata. Tutup kuali/periuk dgn penutup yg sesuai, tunggu sebentar.. akan kedengaran pop pop pop berdendang, siap.. ketepikan..

Bahan Karamel :
2 sudu besar margerine
7 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat

Cara-cara :
- masukkan margerine & gula ke dlm kuali/periuk, sambil kacau2 biarkan mencair, api kecil je hati2 jgn hangus nanti pahit
- masukkan susu pekat manis, kacau sebati, masukkan pop corn dlm periuk karamel, kacau rata.. tuang popcorn ke dlm bekas lain... biarkan suam.. slps tu cerai2kan/lerai2kan pop corn supaya tk melekat kuat..
- letak atas loyang yg dilapik baking paper, bakar sekejap popcorn karamel tu tadi supaya lebih rangup. [step ni saya tk buat sbb pop corn dh kena ngap dgn anak2..] :D





 ---------------------------------@_@













selamat mencuba!!!

NASI AYAM HAINAN MADU VERSI ALEEN AIREISH

Ranking share di FB beriban-riban K .. rugi tk cuba.. 
tak guna myk bijan.. so terhasil lah versi sendiri.. yg best tu licor semua heheheee .. anak2 ckp mcm tk pernah nmpk org jual mcm ni.. sedap sangat... ofkos lah ayor tgn mak kome kan.. masak penuh kasih sayang.. padu.. jitu.. gituuuu..yg nk share silakan..






NASI AYAM HAINAN MADU VERSI ALEEN AIREISH
singapore kacuk malaysia.. ahaks!!!

By ~ ALeen Aireish​
Bahan-Bahan utk Ayam Hainan Madu
1 ekor ayam [saya belah 4]
halia
madu
sedikit garam
~>> cuci bersih ayam, rebus ayam bersama halia, rebus hingga masak, asingkan ayam dgn air rebusan, air rebusan digunakan utk masa nasi nanti yer.. ayam tu lumur dgn garam & madu secukupnya, panggang dlm pan ajaib hingga sedikit kekuningan keemasan.. siap, ketepikan

Bahan-bahan utk Nasi Ayam Sedap Sempoi
bahan2 sukatan ikut sukatan sendiri ok..
beras - ikut sukatan sendiri ok.. [saya masak 4 pot]
2 inci halia dihiris
2 bj bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 btg serai diketuk
2 s/b planta
1 helai daun pandan disimpul
garam secukupnya
~>> saya guna rice cooker cuci bersih beras, masukkan air rebusan ayam secukupnya
~>> panaskan/cair planta dlm kuali, tumis semua sekali bahan2 tu kecuali daun pandan, dah garing naik bau tuang dlm periuk beras td, masukkan daun pandan & sedikit garam.. biarkan nasi ayam masak mcm biasa..

Bahan-bahan utk Sos Cili & Sos Kicap
5 bj cabai merah
10 bj cili pedas [tk nk pedas kurangkan]
2 ulas bawang putih
2 s/b jus limau nipis
2 s/b bancuhan tpg jagung
2 s/b sos cili
gula & garam
~>> kisar bahan dgn air [lebih pun tkpe air tu nk buat sos] kecuali tpg jagung & sos cili, dah kisar tuang dlm periuk masakkan .. dh mendidih masukkan cili sos, gula & garam secukup rasa, masukkan tpg jagung, kacau2 .. dh sedap tutup api.
------------------
1/3 cawan gula merah
kicap lemak manis [agak sendiri je]
air [agak sendiri]
sedikit garam
~>> gula merah + air masak dlm periuk hingga gula merah cair, masukkan kicap lemak manis & sedikit garam.. jika ada rasa kurang pandai2 lah ejas nk tambah yg mana satu.. dh mendidih tutup api.. siap..

dihidang bersama dgn timun... tomato... salad









Selamat mencuba!!!

Wednesday 18 January 2017

KEK BATIK JEJARI COKLAT LARVA


cerita 30 minit lg nk masuk opis.. sempat siapkan ni.. sampai opis tumpo carik oksigen.. hohoho .. silakan sharing.. yg rindu dgn resepi saya silakan.. <3




KEK BATIK JEJARI COKLAT LARVA

By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan :
500gm biskut jejari [nk tukar biskut lain blh aje]
2 cawan milo
1/3 cawan serbuk koko
1 tin susu pekat manis
1 buku mentega

Coklat Larva :
250gm coklat masakan [dark coklat]
1 cawan whipping cream

Cara-cara :

~> dlm kuali cairkan mentega

~> masukkan susu pekat manis, kacau sebati

~> masukkan milo & serbuk koko sedikit2 sambil kacau supaya tak berketul.. kacau hingga licin

~> masukkan biskut, kacau sebati hingga coklat pekat

~> tuang dlm loyang 10 x 10 ratakan dan tekan2kansupaya mampat dlm loyang

~> tuangkan coklat larva pula, ratakan dan hentak2 manja, tabur coklat chip, simpan dalam peti ais. saya simpan 8 jam













selamat mencuba...

NASI BAJET HOMEMADE

nasi bajet kak wok.. tk tau tang mana kak wok nya.. :P buat sendiri je.. nak bajet sgt kan.. ni je malam ni hehehe.... style mkn dlm kertas. sekali sekala nk kelainan kata deme.. ikut je lah.. nk sharing blh je.. silakan.. tk sedap jgn kecam kak wok celup ni ahaks!!!


NASI BAJET BUAT DI RUMAH
By ~ ALeen Aireish

Untuk Nasi :
masak macam biasa, aroma wangi saya guna daun pandan

Untuk Ayam Goreng Berempah :
1/2 ekor ayam potong sederhana kecil
3 inci halia **
3 inci kunyit hidup **
3 inci lengkuas **
1 biji bawang besar **
4 ulas bawang putih **
4 batang serai **
2 helai daun limau purut [diracik halus]
1 s/mkn ketumbar **
1 s/m jintan manis **
1 s/m jintan putih **
3 s/b serbuk kari daging
1/3 cawan tpg jagung [nk lebihkan sikit pun blh]
garam & gula secukupnya
~>> Caranya :
- ayam cuci bersih, bahan bertanda ( ** ) kisar halus campurkan dgn ayam.. masukkan bahan2 yg lain sama.. gaul sebati, perap 15-20 minit.. goreng tenggelam dlm myk ok.

Untuk Kuah :
3 inci halia [dihiris] ***
3 bj bawang merah [dihiris] ***
3 ulas bawang putih [dihiris] ***
1 btg kayu manis ***
2 bunga lawang ***
4 bunga cengkih ***
4 buah pelaga ***
1 kotak santan
1 paket kecil kari daging
1 paket kecil rempah nasi beriani
3 s/mkn serbuk lada
sedikit air asam jawa
2 kiub ayam/bilis
garam & gula secukup rasa
~>> Caranya :
- serbuk kari + rempah beriani + serbuk lada + air = jadikan pes
- panas myk, tumis bahan bertanda ( *** ) hingga naik bau
- kemudian masukkan pes td, tumis hingga pecah minyak
- masukkan ayam gaul rata, masukkan santan tambah air agak2 yer
- letak air asam jawa, kiub ayam.. biarkan masak.. mana rasa tk sempurna boleh je top up bg secukup rasa..

Untuk Sambal Cili Cuka :
5 bj cabai merah besar
7 bj cili pedas
1 kiub ayam/bilis
garam & gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit air
~>> Caranya :
- kisar semua bahan dalam blender hingga halus, siap





selamat mencuba!!!

Tuesday 17 January 2017

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU - KEK VIRAL

ramai dh ada resepi ni.. saje share..

tercungap hapdate resepi step by step kek antoooo ni..saya ikut resepi kak ita masam manis.. mmg sedap... ori tak ori teman tak tau la.. tp tabik spring nk bagi.. lps makan tumbuh siong haha tk tau lantok kome..





KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU
By ~ ALeen Aireish​
sumber/rujukan ~ kak azlita masam manis/chef asma

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A
Telur di pukul dengan wisk.. ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak, Ketepikan

Cara-cara :
- Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

- Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

- Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

- Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar

- Susun bekas aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

- Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka

Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul

COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )

Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk

Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.

Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan

Biarkan coklat mencair

Tambahkan esen vanilla dan gaul rata

Biarkan sejuk

PART HIAS KEK
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 bahagian
Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh

Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.

Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair

Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit

Sedia di nikmati.



















SELAMAT MENCUBA!!!! ..


hv fun with my cute photo