Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 8 December 2011

KEK COKLAT KARAMEL KUKUS

BAHAN-BAHAN A:
1 cawan serbuk kok
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula [aleen guna 1/2 cup jew..]
1 cawan myk masak
**SEMUA BAHAN DI ATAS NI GAUL SEBATI DAN MASAK ATAS API PERLAHAN..TUTUP API BILA BAHAN2 TU DH NAMPAK MCM LIKAT SEBATI GITU..KETEPIKAN LPS TU REHATKAN SEKEJAP..

BAHAN-BAHAN B :
3/4 cawan tepung gandum [klo guna penimbang lbh kurang 120-130 gram]
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
**SEMUA BAHAN B NI DIAYAK OK.

BAHAN-BAHAN C:
4 biji telur [blender pn boleh..pukul guna tgn pn blh sampai nampak berbuih..kembang]

CARA-CARA 1:
satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk jer
dah sebati, ketepikan dulu..

UNTUK GULA HANGUS :
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar gula
[ni sukatan gula utk loyang saiz 8", kalau guna loyang kecil gula less sikit, kalau guna loyang besar gula kena tambah ok.]
**JADIKANLAH GULA HANGUS SUPAYA KEK TAK MELEKAT PADA LOYANG

UNTUK KARAMEL (bahagian atas) :
1/2 tin susu cair [lbh kurang 250ml]
50g gula kastor atau gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
**KACAU SEBATI LEMBUT MAKE SURE JANGAN SAMPAI BERBUIH

CARA MASAK :
-tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td, kukus sekejap dlm 15 minit, utk pekatkan sikit karamel
-lps tu keluarkan dr kukus tuangkan adunan cake coklat td atas karamel
-kukus lbh kurang 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
-dh masak keluarkan dr kukusan,rehatkan sekejap dlm 20 minit
-lps tu masukkan dlm fridge, agak dh sejuk blh la hidangkan & makan.

**JIKA NAK BUAT DECORATION PD CAKE TU..SEBELUM MAKAN BOLEH LAH HIASKAN DGN BUTTER CREAM MACAM CAKE BIRTHDAY TU..

SELAMAT MENCUBA RESEPI DR ALEEN.




ENJOY VISIT MY BLOG

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo