Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday 18 December 2011

KARIPAP KENTANG / DAGING / AYAM

Bahan-bahan ( dlm 35biji ) utk doh karipap :
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.

bahan2 inti sardin :
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

cara :
  1. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  2. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  3. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  4. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  5. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  6.  bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.


Bahan Inti: inti daging
5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

cara buat inti :
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.
 Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.


panaskan marjerin bersama dgn myk hingga maejerin cair


 tepung yg dicampurkan bersama dgn marjerin yg dipanaskan tadi..diuli dpt hasil mcm ni..pastikan doh tak melekat ya..


doh yg dh diberi sentuhan, so jadilah karipap





karipap aleen frozenkan, senang bila nk makan goreng kan jew..


dah siap goreng, jom makan!!!

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo