Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 12 December 2011

JOM BELAJAR BUAT FONDANT ICING

Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )
63 ml air 1 sudu besar gelatin halal (guna Halalgel) 
125 ml sirap glucose 
1 1/2 sudu besar gliserin 
2 sudu besar lemak sayur (shortening) 
1 kg gula aising (Ayaq dulu) Pewarna pilihan 

Cara-cara
Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. 
Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak. 
Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. 
Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang. 
Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut. 
Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu. 
Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit.
Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.  
Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati. Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. 




ni lah hasil bahan yg menggunakan kaedah double boiler


gula icing 1kg yg diayak terlebih dahulu..


dh siap diuli dan hasil dohnya seperti ini..


selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo