Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 18 September 2015

BROWNIES COKLAT KEDUT/KEGHEDUT

Antara resepi yang sgt2 VIRAL di facebook.. Brownies Coklat.. sebab viral tu mereka panggil dgn nama lain Brownies Kedut .. Keghedut .. apa tunggu lagi senang je buat nya ..


cik "Keghedut" saya

terlanjur adik2 nk dtg.. sempat je buat.. x tau jd ke dak renyuk2 nye.. senang bak ABC ko jah .. open order selalu haha


BROWNIES KEGHEDUT

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak Mariana Zainal

Resipinya (loyang saiz 10x10'inci)

Bahan A
400g coklat masakan ( potong kasar)

150g butter

(Cairkan bahan di atas cara double boiler.. . ketepikan)


Bahan B

100g gula perang (nk kurang manis 80g jer)

100g gula kastor ( nk kurang manis 80g jer)

4 bj telur

1 sdt esen vanilla

(Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk tidak perlu pukul yer)


Bahan C

100g tepung naik sendiri

30g serbuk koko

(Ayak bersama)


Caranya

Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. [A ke dlm B pun blh] kacau hingga sebati guna senduk kayu

Masukkan bahan C sikit2.. . kacau lagi bagi sebati.. .

Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10') kemudian lapik dengan kertas minyak hingga lebih paras loyang (supaya mudah nak keluarkan brownies tu nanti)

Tuangkan adunan dan taburkan almond flakes atau almond nibs.. . bakar selama 30- 35mnt suhu 160'-170'.. api atas dan bawah...dah siap masak.. tutup suis oven dan biarkan brownies dlm oven dengan pintu terbuka selama 15mnt.

================================

TIPS PENTING BERDASARKAN PENGALAMAN KALI KEDUA BUAT NI.. KACAU TU JANGAN BER"TWIST" GALAK ehh!!! CUKUP SEKADAR ADUK MCM BIASA JER hokeh.. KLO TAK KECIWA MERANA KO JAH HEHEHE..










SELAMAT MENCUBA ...

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo