Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 15 April 2015

APAM CANTIK



APAM CANTIK
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan : A
2 cawan tepung beras [cap 5 gajah sesuai utk kuih-muih]
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
10-11gm mauripan
** semua bahan campur sekali, gaul rata, ketepikan

Bahan-bahan : B
2 cawan nasi
3 cawan air
**blend betul-betul halus mulus ok, nnt senang nak pipekan bunga2 cinta..

perwarna kesukaan : pink, biru, hijau

Cara-cara :
- masukkan B ke dlm A sikit2 higga habis sambil gaul rata yer
- Biarkan adunan mengembang 1jam
- panaskan air kukusan
- bahagikan adunan kpd bbrapa bahagian utk diwarnakan
- sediakan acuan lompang yg disapu dgn myk, masukkan adunan asal hampir penuh, lukis bunga2 cinta..
- kukus 10-15 minit shj.

CARA MELUKIS & TIPS :
- masukkan adunan berwarna ke dlm piping bag, gunting sedikit hujung piping bag tu, boleh lah melukis ikut kreativiti
- jgn lupa acuan lompang disapu myk supaya senang nk keluarkan apam nnt, tunggu apam sejuk baru dikeluarkan
- pemilihan tpg beras pn penting juga.. cari cap 5 gajah, tertera pd packing ada tulis sesuai utk kuih-muih
- kukus guna api biasa sahaja, tp pastikan sebelum mengukus air tu dah betul2 mendidih ok
- penutup kukus tu balut dgn kain supaya air kukusan tk kena pd permukaan apam inshaa Allah dapat hasil apam yg gebu, cantik & sedap.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo