Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 17 September 2015

AYAM SEDAP

nyummyyyyyy....



AYAM SEDAP BERSAMA NASI KUNING
BY ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan utk Ayam Sedap :
sumber dr sis irni maizura

1 ekor ayam belah 4
sos tiram
kicap lemak manis
sdkt serbuk kunyit
sdkt gula
bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + pelaga
Lada sulah
1 btg serai
serbuk cukup rasa maggi
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia

Cara-cara :
- tumis garing bahan kisar + rempah ratus 4 sekawan + serai hingga naik bau, maskkan air secukupnya, masukkan maggi cukup rasa + lada sulah tambah rasa jika ada yg kurang, biarkan mendidih masukkan ayam yg di belah td, masak ayam hingga empuk. Tutup api, asingkan ayam dr sup & toskan, biarkan sejuk sebentar

- Kemudian ayam tu dilumurkan dgn sos tiram + kicap lemak manis + serbuk kunyit + gula, perap sekejap, sambil tu boleh sediakan nasi kuning.

- CARA GORENG AYAM, myk secukupnya, pastikan betul2 panas baru masukkan ayam diperap tadi. Goreng jgn terlalu lama sbb masa rebus ayam dh masak. . agak2 ayam berwarna coklat/brown berkilat blh lah angkat.

Bahan Nasi Kuning :
4 cawan beras basmathi [beras biasa pn blh]
susu cair
kuah sup secukupnya
3 inci halia [diketuk]
1 btg serai [diketuk]
bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + pelaga
1 helai daun pandan disimpul
2 biji bawang kecil [dimayang halus]
serbuk maggi cukup rasa
sedikit serbuk kunyit
3 s/m myk masak

Cara-cara :
- cuci bersih beras, masukkan semua bahan di atas ke dlm periuk [ Aleen guna rice cooker je] tk perlu tumis2... agak2 sendiri susu cair + kuah sup utk nasi ok. Biarkan nasi masak sprt biasa.

**KUAH SUP REBUSAN AYAM TADI, GUNAKAN UNTUK MASAK NASI & MINUM SUP. UTK MINUM SUP TAMBAH SEDIKIT DAUN BAWANG + DAUN SUP + BAWANG GORENG AJE. SIAP

DIHIDANG JUGA BERSAMA DGN SOS KICAP, SOS CILI + TIMUN + SALAD.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo