Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 13 September 2012

KUIH BAKAR KEMBOJA

Berakhir lah sudah episod puasa ganti dan puasa 6 aleen.. begitu juga dgn kawan2 yer.. setel awal2 puasa ganti ni senang.. tak perlu nk last minit lg...hehehe...Orang malaysia ni dah termaktub sgt.. suka yg "last minit"..jgn mare gurau ajer...

Beberapa hari lagi syawal akan meninggalkan seluruh umat islam... maka dgn berkhirnya syawal di thn ni kita mendapat barakah dari Nya.. aminnn.. Harap dpt berjumpa Syawal seterusnya....

Puasa yg last ni aleen teringin sgt nak makan Kuih Bakar Kemboja, ..org jual kuih kat tepi jln tu , tak nampak plak dia menjual kuih ni.. so apa lg kena lah buat sendiri.. jom tengok hasil air tangan yang tak seberapa ni...

by~aleen aireish
sumber~diela creative

bahan-bahan :
1 cawan gula
1 cawan jus pandan [10 helai daun pandai diblend ambil air shj]
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat [aleen guna susu cair]
2 sudu besar butter [aleen double boiler]
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam [kalau risau termasin hujung sudu pn dah memadai]
2 sudu besar minyak masak [ni aleen tambah utk kilatkan kuih]
pewarna hijau [aleen guna apple green]
bijan secukupnya

cara-cara :
- campur kesemua bahan blenderkan shj smpai licin & sebati kecuali myk masak..
- kemudian campurkan myk masak kacau sebati lg..
- sapukan sedikit planta atau myk di acuan, panaskan..kemudian tuangkan adunan, taburkan bijan dan bakar pada 180 atau kesesuaian oven masing2..
- potong bila dah betul2 sejuk.
[masa aleen guna oven & masak dlm loyang tu suhu yg aleen guna 160, masa 60 minit, api atas bawah..masak hingga nmpak warna coklat kat atas kuih tu..]

[ok... aleen nk citer sikit.. kuih bakar kemboja ni aleen x guna acuan bunga tu.. aleen guna loyang kek aje.. klo tgk kat gambar kuih tu..mcm tu lah loyang yg aleen guna... so kpd mereka yg xde mould bunga2 tu jgn susah hati.. blh guna alternative lain.. in'allah rasa tetap menten..sedap sgt2..]

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE

















SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo