Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 17 September 2012

APAM SNOW WHITE GEBU

Hai semua... mcm mana cuti public Malaysia Day.. mesti best kan dapat bersantai bersama keluarga tersayang.. dapat meyediakan menu2 best kan...

Untuk breakfast pagi tadi aleen sempat ke dapur menyediakan sarapan yg agak ringkas juga... kuih apam favourite anak2.. nak beli kompom tak cukup so buatlah satu adunan aje.. itu pn kalau tak silap aleen dpt dlm 50pcs puas makan...

jom tengok adunan apam tu..



by~aleen aireish
sumber~qnq0910

Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir [x nak manis less kan sikit gula..]
1 paket mauripan [11g]
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara :
- panaskan air kukusan
- masukkan semua bahan ke dlm satu bekas kecuali nasi & air
- gaul semua bahan tersebut ketepikan sekejap
- blender nasi & air tu hingga betul2 hancur
- lps tu campurkan nasi yg diblender hancur dgn bahan yg digaul tadi..sebatikan adunan..
- bairkan adunan selama 1 jam..adunan akan mengembang
- slps 1 jam, isikan adunan dlm acuan lompang..nk acuan lain2 pun blh.. suka hati..isi adunan tu hampir2 penuh
- kukus 10-15 minit atau hingga masak

**kelapa parut putih sahaja, campurkan dgn sedikit garam kukus lebih kurang 3-5 minit, tujuan supaya kelapa tak cepat basi. kalau nk makan tanpa kelapa parut pun boleh.. sedap juga.. 

**sebelum letak adunan, sapukan acuan dgn sedikit minyak, tujuan memudahkan apam dikeluarkan tidak melekat pd acuan.

**apam ni aleen buat colourful.. kalau nk plain putih pn ok..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE 













SELAMAT MENCUBA!!!


2 comments:

  1. Wahh sedap tuu mkn apam, hmm resepi ni mmg glem, resepi dari qnq myresepi.. Hihi biasa jugak buat, ank2 suke

    ReplyDelete
  2. mmg best..gebas gebus. tambah2 makan panas...mmmm sedapppp..

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo