Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday, 14 September 2012

GULAI LEMAK IKAN MASIN CILI API

Tengok aje nama masakan ni terliur sudah..terkecur sudah... rasanya semua orang suka masakan ni kan!...  sedap dan meyelerakan...
 
 
by~aleen aireish
1 ekor ikan masin kepala keras saiz besar
1 btg serai [diketuk]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 biji terung
1 biji kentang
1 keping asam gelugor kering
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
myk utk menumis
garam,gula,perasa secukupnya
 
bahan kisar utk ditumis :
5 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering

cara-cara :
- basuh bersih ikan masin ketepikan
- panaskan myk mula menumis hingga pecah myk
- masukkan serai, ubi kentang..kacau & tutup periuk sebentar hingga ubi kentang empuk..
- masukkan santan, masukkan asam keping, masukkan ikan masin, masukkan terung, masukkan juga bawang dibelah tu..kacau mesra hingga mendidih kuah nya sikit..
- lps tu masukkan semua bhn perasa ikut lidah masing2..
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE




SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo