Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday, 18 February 2012

LOMPAT TIKAM KACANG MERAH

Seramkan bila dengar nama nih...tp jgn takut..ni nama sejenis kuih..nama nye nmpak mcm ganas gitu..tp kesedapan nya..kelazatan nya membuat kita terlagi-lagi nk lompat tikam ni..resepi ni aleen dpt dr sorang kenalan berpangkat pangkat kakak, nama dia kak reen..buat pertama kali aleen mencuba resepi ni mmg tdk mengecewakan..malah 2 hari berturut-turut aleen buat kuih ni..2nd time buat sbb adik beradik aleen sibuk nk try makan..so dorang dtg ke  rumah aleen ramai-ramai..komen dr dorang mmg BEST!!! jom kita tengok resepi nya..


BAHAN UNTUK LAPISAN HIJAU
by ~ kak reen khan sharif

3 CAWAN SANTAN CAIR

1 CAWAN TEPUNG BERAS

1 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG

1 SUDU TEH AIR KAPUR

1/2 CAWAN JUS PANDAN + SIKIT PEWARNA HIJAU

GARAM SECUKUP RASA


CARANYA

1.GAULKAN SEMUA BAHAN LAPISAN HIJAU DAN TAPIS

2.KACAU ATAS API SEKEJAP

3.TUANG DLM LOYANG DAN KUKUS 15 MINIT


BAHAN UNTUK LAPISAN PUTIH

4 CAWAN SANTAN PEKAT

1 1/2 CAWAN TEPUNG BERAS

1 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG

1 SUDU TEH GARAM


CARANYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN KEMUDIAN TAPISKAN

2.KACAU ATAS API SEKEJAP

3.CAKARKAN SEDIKIT PERMUKAAN HIJAU DAN TUANGKAN ADUNAN PUTIH

4. KUKUS SEMULA 15 MINIT LAGI

5. SEJUKAN DAN BOLEH DIHIDANGKAN DENGAN GULA MERAH


BAHAN UNTUK AIR GULA MERAH

2 CAWAN AIR

1 CAWAN GULA MERAH

1 CAWAN GULA PASIR

1 HELAI DAUN PANDAN

*JERANGKAN SEMUA BAHAN HINGGA MENDIDIH KEMUDIAN TAPIS


******dlm resepi ni aleen tambah bahan sendiri..aleen bubuh red bean sebiji-sebiji kt atas putih tu.. jika nk yg original x payah letak apa2..


ni bahan2 utk lapisan hijau


hasil selepas semua bahan dh dicampurkan..


dah siap dimasak pekat dlm kuali..


bahan2 utk lapisan putih


hasil semua bahan2 ni disatukan..


dlm kuali, going to pekat..jenuh mengacau..


red bean yg aleen added kat top lapisan putih nnt...
[klo nk change to jagung ke..apa2 yg sesuai pn boleh..]


proses masukkan dlm acuan.. [tak nak guna acuan/mould pn xpe..terus masukkan dlm loyang]


proses ke-2 masukkan lapisan hijau..
[ekceli ikut suka & selesa sendiri..mana2 warna pn blh nk letak atas dulu..nk buat kaler lain pn blh..ikut kreativiti sendiri]


gula merah dh siap masak.. jap lg boleh la simbah atas lompat tikam tu..


dah siap..boleh lah hidangkan...
SELAMAT MENCUBA!!!

4 comments:

  1. Sedapnya Aleen, teringat akak zaman kanak-kanak dulu. Selalu beli kuih macam ni tapi semua hijau, tak ada lapisan warna putih. Makan ngan air gula merah jugak. Mohon kongsi resepi dalam blog Kak Noor ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak, 1st time try buat ni..mmg sedap..sila2 kak..blh ajer sharing resepi ni..moga ilmu kita bertambah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi mencuba resepi ini.. lain kali kak reen pun try letak kacang merah .. good idea ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pn resepi kak reen, tq kak.. sedap

      Delete

hv fun with my cute photo