Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 12 July 2012

LAGSANIA MAGGIE BAKAR

Hasil borak-borak kat group masak pesbuk "You Try Masak Jom Masak".. post2 gambar masak kat group masak tu.. teringin plak nak mencuba maggie bakar ni.. tgk mcm best je pasal ada cheese yg melt gitu.. maka nya malam tadi dinner terhasil lah maggie bakar versi aleen ni.. kita tambah nama kt depan maggie bakar ni jadi "LAGSANIA MAGGIE BAKAR"

kalau teringin nak mencuba..silakan... jom tengok bahan2 :

by~aleen aireish
sumber~faiza hashim
Bahan-bahan :
4 keping mee kering vits [guna mee maggie biasa pn blh]
(***)3 biji telur [letak 4 bj pn blh..]
(***)ayam cincang [suka hati nk byk mana]
udang segar [suka hati nk byk mana]
(***)1/2 cawan susu cair
(***)2 sudu makan curry powder
(***)1 biji tomato [potong dadu]
(***)4 btg kacang panjang [dihiris nipis]
(***)1 paket tauhu telur [dihiris nipis]
(***)2 keping cheese slice biasa tu [dikoyak2 aje]
bawang kering
*daun sup (***)
*daun bawang (***)
*cabai masak (***)
yg bertanda (*)dihiris halus
ladah sulah
garam
gula

bahan sampingan :
CHEESE KEPING
CHEEZY CHEESE [jika nak blh beli kat aleen]
LIFE SOS CHILLI

Cara-cara :
- mee kering vits direbus sampai kembang, kemudian toskan air nyer..ketepikan dulu..
- kemudian pecah telur dlm besin yg besar, masukkan semua bahan yg bertanda (***) , lada sulah, garam & gula secukup rasa... gaulkan semua bg mesra..sebati..
- lps tu ambil mee yg ditoskan air td tu.. masukkan dlm besen yg sama.. gaul2 kan bg rata semua bancuhan tu..
- sediakan loyang yg digris dgn mentega, lps tu masukkan mee yg dh siap gaul mesra tu.. taburkan bawang kering, susun udang atas nyer.. last sekali taburkan lg cheese keping yg dikoyak2 kan..
- masuk oven dlm 20-30 minit mcm tu.. suhu 160-170
- dh siap masak.. blh lah dihidangkan..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFER


loyang gris dgn mentega




mee kering VIT'S


dah siap rebus..


daging ayam cincang


udang XXL


telur 3 biji cuci bersih


curry powder


cheese keping/slice dikoyak2


tomato, cabai besar, daun bawang, daun sup


kacang panjang


susu cair


yang ni step seterusnya.. bahan2 dh dicampur semua..


masukkan mee 


gaul2 mesra..sebati..


masukkan dlm loyang, susun udang di atas.. ditabur cheese


masuk dlmm oven..bakar


dah siap masak






ni lah ceezy cheese yang rasa nya setanding dgn cheeezy cheese KFC tu..mmg sedap giler.. hanya dibancuh dengan air panas shj..lps tu tuangkan atas lagsania maggie bakar seperti pic bawah ni.. mmg sedap tak terkata..


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo