Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 25 September 2014

TEPUNG PELITA PASIR MAS

pertama kali cuba teringin tgk org punya duk lalu kt wall hehehe.. sedap.. halusssss lembut jew kuih nya.. tp aleen dh edit sikit sukatan air tu.. sbb rasa mcm byk sgt.. asal 2.5 liter utk lapisan ijau, 2 liter utk lapisan putih.. bhn yg lain2 sama je.. dah buat molek gini.. hok alohhh chomey sokmo.. 





TEPUNG PELITA PASIR MAS

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ elani ab kadir/csue ct

Bahan-bahan : LAPISAN BAWAH
200gm tepung beras
1 liter air + 7 helai daun pandan diblender ambil jus
1 s/teh garam halus
1/2 s/teh air kapur
sdkt pewarna hijau - optional

**campur semua bahan kacau sebati, tapis. masukkan dlm kuali dan kacau tanpa henti api sederhana, kacau hingga mendidih dan berkilat, sdkt kental dan ketepikan..

Bahan-bahan : LAPISAN ATAS
1 cawan santan (200ml santan kelapa diperah dr 1/2 bj kelapa parut)
150gm tpg beras
1 liter air
sdkt garam secukup rasa

**campurkan semua bahan kacau sebati, tapis. masukkan adunan ke dlm kuali kacau hingga mendidih dan agak pekat.

Bahan-bahan lain :
gula pasir secukupnya

Cara-cara :
- sediakan temelong/bekas empat segi yg dibuat dr daun pisang, aleen guna bekas dadih tahan panas ni aje.. aroma daun pisang tak ada lah yer..
- masukkan gula pasir satu sudu teh ke dlmnya, tuangkan lapisan hijau, lps tu tuangkan lapisan atas putih pula.. kukus lbh kurang 3 ke 4 minit 
- dah sejuk blh hidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo