Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 25 September 2014

NASI AYAM PENYET SELERA SEBERANG

MENU AGAK BERBEZA HARI NI, JAWA MARI.. PERCUBAAN RESEPI YG BEST.. nk komen sikit lah.. dr pengalaman mkn kt luar byk kali.. yg ni terbest.. sedap.. bkn nk kata masuk bakul angkat sendiri.. sambal mantop.. tp kt luar tu mmg kureng lah..


NASI AYAM PENYET SELERA SEBERANG

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ resipicitarasawan

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
Kobis potong empat segi jika suka
1 biji timun – dihiris nipis
**lain2 sayur/ulam pun blh

Bahan A - dikisar utk perap ayam
50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
20 gm lengkuas
3 btg serai
10 gm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 s/mkn jintan manis
2 s/mkn jintan putih
2 s/mkn ketumbar
gula secukupnya

**kisar semua bahan ni hingga hancur.

Bahan B - utk salut ayam
150 gm tepung beras
1 biji telur
200 ml air rebusan ayam (bahan A)

** Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2. Rebus ayam, angkat toskan, letak kunyit dan garam halus gaul rata. kemudian masukkan bahan perap, perap dlm 1/2 jam.
3. ambil ayam perap utk disalut pula, masukkan dlm bancuhan tpg beras td, goreng hingga kekuningan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. lebihan bancuhan tpg td, Salut pada tempe dan tauhu juga, goreng hingga masak
5. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.

Paling best ** Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Penyediaan Sambal :
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Nasi masak seperti biasa ingin aroma yg enak harum masukkan daun pandan.. nasi wangi..

Sup tu ikut citarasa kita nak guna resepi sup yg mana satu..

NOTE : Untuk lauk tak semestinya ayam.. ikan pn blh.. daging blh.. sotong blh.. apa aje ikut kegemaran kita n keluarga..

SELAMAT MENCUBA!!!
 

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo