Cuba jangan tak cuba yer ... gerenti sedap super moist gitu.. siapa yang tak makan, alergik dengan telur jangan susah hati sedih2 ok, u all boleh buat kek ni.. sekelip mata siap.. super mambles heheheeee
Kek yang mudah nak masak kukus ajer dah boleh.. suka hati u all.. nak guna loyang pun boleh.. nak guna cupcake pun boleh.. nak guna papercup pun boleh.. nak guna acu lompang boleh... buat lah sesuka hati tak dosa janji happy baking..
by ~ Aleen Aireish & Shimah
sumber~dapurdriyadh
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
**ayak sekali kemudian ketepikan
Bahan B :
1/2 cawan serbuk koko [aleen suka ayak dulu]
2 sb susu tepung
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula perang [guna gula kastor]
1 sk esen vanila
2 cawan susu cair / susu segar / susu coklat
1/2 sk coffee emulco atau coklat emulco [x letak pn xpe]
1/2 cawan myk masak sayuran atau myk jagung
secubit garam
Bahan C :
1/2 sk cuka atau jus lemon fresh [perah ambil jus]
Cara-cara :
- didih air kukusan
- satukan bahan B masak atas api perlahan kacau adunan hingga gula larut dan sebati, tutup api
- kemudian satukan bahan A & B, masukkan bahan diayak td sedikit2 supaya tek bergentel.. kacau sebati guna hand wisk atau spatula
- masukkan bahan C kacau sebati [jgn terlebih kacau ok.. asalkan sebati aje]
- sapukan sedikit mentega atau myk masak pd loyang atau bekas, masukkan adunan ke dlm loyang atau apa2 bekas kesukaan sprt yg aleen ckp kt atas tu..
- kemudian kukus selama 45 minit-1 jam atau hingga masak
- nak dpt permukaan kek chomey tutup on top loyang tu dgn aluminium foil klo tak nak pastikan penutup kukus tu dibalut dgn kain bersih
- sebelum potong sejukkan kek dulu
- nak deco2 kek tu pn boleh guna lah topping yg sedap
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment