Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 18 February 2012

AGAR-AGAR BUAH OREN

Menarik agar-agar ni..sedikit kreativiti semasa hasilkan nya..agar2 ni kena potong mcm kita mkn buah limau tu..tp dlm kulit limau tu agar-agar tau!!! lihat mcmne hasil nya...



Bahan2
by ~ kak nuriniatti
1 cwn jus oren - tapiskn


1/2 cwn gula pasir kasar + 1/2 tbsp lg


10gm agar-agar serbuk


3 1/2 cwn air


sedikit pewarna oren


sedikit perisa oren


Cara2


1. Mula2, potong sedikit oren kt hujung yg bertangkai tu. Pastu bleh la kuarkn jus
2.  Pastu, kuarkn sisa limau yg masih ada dlm kulit dia. Gunakn sudu. Buat berhati2 supaya kulit limau tu x koyak
3.  Bancuh agar-agar ngn sedikit air drpd 3 1/2 cwn td. Buat camni supaya agar2 tu x berketul-ketul masa masukkan dlm air yg byk. bancuh terus dlm periuk
4. Masukkn semua bahan lain ke dlm
periuk agar-agar td. Masak hgga mendidih. Kacau sentiasa tuk elakkan agar-agar mendap kt bawah & hangus. bila dh mendidih tutup api.
5. Letakkan kulit oren td ke dlam cawan tuk menyokongnya supaya bila masukkn agar-agar nnt, agar-agar yg cair tu x tumpah
6.  Tuang agar-agar yg dh masak td ke
dalam kulit oren tu. Biar sejuk seketika baru masukkn dlm fridge. Klau kulit oren x cukup tuangkan lebihan ty dlm mould kesukaan..
7. dh sejuk blh lah potong oren tu ikut nk potong mcmne..nk potong mcm buah oren pn blh..hidangkan..


bahan-bahan yg diperlukan..


perah jus limau & kosongkan kulit limau mcm kt pic ni..


agar-agar yg dibancuh dgn sedikit air terlebih dahulu..slps tu masak kan atas api dgn air selebihnya..masukkan semua bahan..


letakkan kulit limau td dlm cawan mcm ni..supaya balance..


tuangkan agar2 yg dh masak td dalm kulit limau tu..


biarkan agar2 tu keras..lbh sedap jika simpan dlm fridge dulu..dh sejuk blh lah potong..


ni lah hasil nya agar2 limau yg dh siap dipotong..blh lah hidangkan..


SELAMAT MENCUBA!!!

2 comments:

  1. Yang ini paling unik. Nampak macam potongan oren sebenar.

    ReplyDelete
  2. tq kak, sekali tgk igt orange betul...2 kali tgk baru pasan..taste sedap

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo