Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 18 February 2012

KETAM SERAI BELIMBING BULUH

Di rumah aleen ni, klo beli ketam sure nk kena masak resepi ni..atau pun others resepi..tp nk berunsurkan sambal jew lah..klo dimasak gulai kompom x jalan punya...kurang beminat dorang nk mkn..aleen nk sharing resepi best ni ok..

Bahan-Bahan :
3-4 ekor ketam
serbuk kunyit
garam
serbuk perasa [jika nak..]
gula
minyak masak [utk menggoreng & menumis]
sos tiram
sedikit air

Bahan utk diblender :
2 btg serai [**1 btg serai utk diblender / 1 btg lg diketuk]
1 labu bwg besar
7 tangkai cili api
3 ulas bwg putih
2 inci halia

Bahan utk hiasan tambahan :
1/2 btg carrot yg di bentuk mcm flower sikit..[ikut lah citarasa sendiri..]
3 biji belimbing buluh [ dibelah 2]
cabai masak [dihiris memanjang]
**klo nk letak daun sup, daun bwg & bwg goreng pun blh..lg ok..

Cara-cara :
- goreng ketam hingga masak, angkat dan ketepikan dulu.
- panaskan myk, tumis bahan yg diblender halus td..tumis smpai garing & keluar bau wangi..
- masukkan sos tiram, serai ketuk td, carrot & tuangkan sedikit air..kacau rata..lps tu taburkan sedikit serbuk kunyit dlm bahan tumis tadi..gaul mesra..masukkan lah semua perasa ikut lidah masing2..bila dh sedap..
- kemudian masukkan ketam yg dh goreng ke dlm sambal td..gaul2kan agar sambal2 tu melekat kt ketam tu..
- sambal dh pekat sikit..masukkan belimbing buluh, gaul kejap jew..tutup api. boleh lah hidangkan..


ketam yg dah dibersihkan..


bahan-bahan nya..


bahan2 yg dah diblender..


ketam siap goreng sebelum dimasak dgn sambal..


SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo