Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 22 April 2017

PULUT MANGGA THAI SPECIAL

Pulut mangga beli mmg mahal kan.. Homemade je lah kita..
pulut masak betul2, jgn keras.. santan tu jgn cair
Try la.. mmg best betoi.. Share cepat..




PULUT MANGGA THAI SPECIAL
=========================
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ page masakan fb

Bahan2
untuk pulut mangga :
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 sudu besar bijan, disangai tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga

untuk kuah santan :
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
==============
Cara-cara untuk pulut:
1. kukus lapik daun pandan atau pisang, letak beras pulut, masak 20 minit atau hingga pulut betul2 masak.
2. bila dah lembut angkat pulut masukkan dlm bekas besar
3. Satukan santan pekat + santan cair + gula + garam dan kacau sebati..
4. tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.. balik-balikkan pulut dgn senduk dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.. pulut dah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan..

Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.. masukkan garam + daun pandan + bancuhan tepung..teruskan kacau supaya santan tak berketul.. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.. boleh agak-agak kepekatan sendiri..
2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. angkat dan sejukkan...
3. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan...





SELAMAT MENCUBA!!!

2 comments:

  1. Hari tu makan pulut mangga ni kat Phuket.. Fuhhh sedap giler..

    ReplyDelete
  2. Web is quick and exceptionally reasonable in this field keeping in mind the end goal to build customers, without fretting about extreme group. hart's bakery indianapolis

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo