Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 22 April 2017

SHELL OUT BEST VERSI ADA SERBUK KARI

Nah makan la puas2.. buat sendiri.. nah resepi..
cepat share.. cpt buat.. versi ada serbuk kari plak


SHELL OUT BEST VERSI ADA SERBUK KARI
====================================
By ~ ALeen Aireish​
sumber ~ page masakan fb

Bahan-bahan ~> [guna bhn yg ada kt umah je]
1kg udg galah
1kg udg biasa saiz besar
2 ekor sotong besar [saya rebus dulu]
7 ekor sotong biasa
--------------
1 paket fish cake AAA
2 paket tempe
~>> potong, kemudian goreng dgn tepung BESTARI spicy
--------------
kubis putih
cendawan butang
jagung [direbus masak & dipotong]
lada capsicum
bawang holland
----------------

Bahan-Bahan rempah Shell Out
==========================
10 tangkai cili kering** (potong, buang biji & rendam air panas)
3 biji bawang besar (2 biji kisar **, 1 biji lagi hiris utk tumis)
6 ulas bawang putih (4 kisar**, 2 ulas cincang utk tumis)
2 btg serai diketuk
1 inci halia [kisar]**
1sk udang kering [kisar]**
1 inci belacan [kisar]** - OPTIONAL
1 s/b rempah kari
1 s/k serbuk kunyit
1 kiub pati bilis/ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k sos ikan - tk letak pasal tkde stok kt umah
2 s/b mentega
2 s/b minyak masak
garam dan gula utk sesuaikan rasa

Cara-cara :
- goreng kunyit biasa dulu udang galah.. udg biasa.. jika ada ketam.. goreng juga.. ketepikan..
- step sediakan pes/bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar..
- lps tu panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.. tumis bawang besar & putih, naik bau layu masukkan bahan2 kisar ke dalam kuali..
- tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari + serbuk kunyit, kacau lagi..
- masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub bilis.. Kemudian masukkan garam dan gula utk sesuaikan rasa..
- masukkan cendawan butang + bunga kubis + jagung.. kacau
- masukkan pula sotong2.. kacau lg..
- masukkan udg2 yg tlh digoreng.. kacau..
- akhir sekali masukkan capsicum + bawang holland
- masak hingga kuah pekat.. siap!!!





SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo